Sevilla 2H1M – Bahagian 11: Stesen Bas Plaza Armas

by - March 27, 2018

Ini adalah sambungan dari post Sevilla 2H1M – Bahagian 10: Menu del dia Sevilla. Selepas melawat Plaza España, kami pun mula melangkah kembali ke Hostal Pension Catedral untuk check-out. 

Sebenarnya kami dah check-out pukul 10 pagi dan tinggalkan bag kami di bahagian kaunter pertanyaan. Cuma kena ambil bag dan boleh terus pergi ambil bas di Stesen Bas Plaza Armas tapi kami masih mahu ronda2 kawasan Sevilla lagi...sayang nak ucap selamat tinggal..T_T 

Jam baru 12.45 tengahari macam tu. Kami pilih untuk pergi ke Cordoba dengan bas ekspres dari Stesen Bas Plaza Armas dalam pukul 3 petang. Naik bas dari Hostal Pension Catedral ke Stesen Plaza Armas (untuk bas sahaja) cuma lebih kurang 30 minit dengan bas.


Ronda2 dulu lah..:) Kami lalu di hadapan jalan besar yang ada bulatan dan nampak satu bangunan serupa masjid. Nama bangunan ini adalah Teatro Lope de Vega (nombor 1 dalam peta dan gambar di bawah). 

Bangunan ini adalah untuk teater dan disebelahnya ada kasino. Stail bangunan ini adalah Baroque dan dibina sempena Ekspo Ibero-American 1929 seperti Plaza España. Nama Lope de Vega diambil bersempana pengarah teater Sepanyol yang terkenal. Sumber: Wikipedia.


Kemudian, kami lalu pintu belakang Palacio de San Telmo (gambar nombor 2 di atas dan peta di bawah). T_T Cantik bangunan ni Masha Allah tapi tu lah, takde masa. Kan dah kata 2H1M memang tak cukup Sevilla ni. 

Bila bagitahu suami nak pi Sevilla 2H1M, dia kata ni speedy tour ke? Haha..suami tak gemor sangat speedy speedy gonzalez macam ni. Kalau nak pergi, satu tempat tu biar lama, stail dia lah..stail orang Malaysia palli palli k. :)

Gambar bawah ni, pandangan dari hadapan Palacio de San Telmo. Cantik kan? Bangunan ini adalah salah satu bangunan bersejarah Sepanyol dan sekarang digunakan oleh Kerajaan Autonomi Andalusia. 

Ia dibina pada tahun 1682 dan pada awalnya dibina sebagai sekolah seminary ( macam sekolah missionary bagi siapa2 yang nak belajar theology dan nak jadi macam da'i / pendakwah agama Kristian) untuk anak2 yatim piatu dari kelasi kapal. Senibina ini pun stail Baroque. Sumber- Wikipedia.


Lepas lalu jalan belakang tu kami nampak satu bangunan cantikkkkkk sangat ala2 Andalusi gitu, rupanya Hotel Alfonso XIII a luxury collection....wooooo...(gambar nombor 3 di atas dan peta di bawah). 

Harga satu malam dari 318 euro. Untuk bulan madu atau saja2 nak lepak pun bagus ni..hehe. Seperti Teatro Lope de Vega, hotel ini juga dibina bersempena Ekspo Ibero-American 1929. Boleh booking dan layan gambar2 hotel ni di sini.  Jom tengok peta laluan kami (gambar di bawah).


Lepas lalu Hotel Alfonson XIII, terus boleh nampak air pancut (gambar dibawah, air pancut dibelakang kami) yang dinamakan Fountain of Híspalis. Ia juga dibina bersempena dengan Ekspo Ibero-American 1929 tapi yang menariknya nama Hispalis ini adalah nama yang digunakan oleh Roman ketika mengasaskan bandar ini. 

Kemudian dipanggil dalam bahasa Arab sebagai Ishbiliya (Arabic: إشبيلية‎) ketika dijajah oleh Muslim pada tahun 712. Sekarang dipanggil Sevilla (sebut Seviya) masih kedengaran sama macam Ishbiliya. Sumber - Wikipedia.


Ada juga penarik beca disini! Cantik beca dia, warna merah ala2 flamenco. Kami jumpa juga sumber air yang boleh diminum. Di Sepanyol dipanggil agua potable - maksudnya ´drinking water´. Kalau di Madrid ada juga di taman2. 

Yang pasti di Sepanyol ni atau di Madrid, air paip selamat untuk diminum terus. Tapi saya guna water filter juga, sebab tak tahan bau klorin. 


Kemudian kami ikut saja laluan tram hingga ke hujungnya adalah gereja besar Sevilla tapi sebelum tu kami rehatkan kaki, tengok2 pemandangan pelancong lalu-lalang sambil menikmati aiskrim gelateria carte d'or atau kalau di Malaysia dikenali sebagai jenama Walls tapi yang ini macam lebih banyak perisa dan lebih sedap..hehe. Boleh tengok di sini.

Oklah..seperti biasa, sudah lari jauh dari tajuk post hehe..Mari kita mulakan cerita pasal Stesen Bas Plaza Armas. Sebenarnya di Sevilla ada dua stesen bas; Stesen Bas Plaza Armas dan Stesen Bas Prado de San Sebastian. 

Tapi ada sedikit perbezaan: 

Stesen Bas Prado de San Sebastian - Ke semua bandar di Andalusia kecuali Huelva

Stesen Bas Plaza Armas - Ke semua bandar di Sepanyol dan Portugal.

Dua2 boleh pergi ke Cordoba dari Sevilla. Kalau diberi pilihan lagi saya akan ambil bas dari Stesen Bas Prado de San Sebastian kalau hendak ke Cordoba sebab bangunan dan hiasan dalaman dia cantik. Manakala Stesen Bas Plaza Armas seperti biasa je. 

Kalau kata nak naik bas ke Madrid dari Sevilla, jangan ambil bas di Stesen Prado de San Sebastian yer.. tapi ambil dari Stesen Plaza Armas. Masa kami di Sevilla bulan Oktober, 2017, bahagian luar sedang ditambah baik. Jadi tak boleh nampak dari luar. Gambar di bawah adalah dari Google Maps sebulan sebelum kami datang. :) 


Dari Pension Catedral kami ambil bas nombor 21 ( bas warna merah macam gambar di atas) ke Stesen Bas Plaza Armas kemudian bayar tiket 1.40 euro pada pemandu bas. 

Dapatlah lihat pemandangan Sevilla sebab jarak perjalanan lebih kurang 30 minit. Saya beli tiket di kaunter saja sebab dari Sevilla ke Cordoba ada bas setiap satu jam. Boleh juga beli tiket di laman Alsa



Kami naik bas Alsa ke Cordoba dengan tiket berharga 12.30 euro untuk seorang pada jam 3.30 petang. Jarak perjalanan cuma dua jam. Ruang tempat duduk dalam bas luas dan selesa.

Masa sebelum sampai di stesen bas, kami nampak stesen minyak di Sevilla, rupa dia sangat tak macam stesen minyak..hehe tak macam kebanyakan stesen minyak di Malaysia. 

Ada juga tempat duduk dan ruang menunggu di atas dan di bawah Stesen Bas Plaza Armas. Bagi saya, lebih baik tunggu di atas (macam gambar di atas) sebab di bawah stesen terlalu banyak asap bas.

Di dalam bas Alsa ada wifi percuma tapi kadang2 ada masa juga saya pernah naik bas yang ada sticker wifi ni tapi wifi dia tak berfungsi. Kalau macam tu kena tanya pada pemandu ye? Lihatlah pemandangan perjalanan kami dari Sevilla ke Cordoba, dipenuhi dengan ladang2 yang sudah dituai hasilnya. 

Hingga ke post seterusnya إن شاء الله

You May Also Like

0 comments