Sevilla 2H1M – Bahagian 10: Menu del dia Sevilla

by - March 23, 2018

Ini adalah sambungan dari Sevilla 2H1M – Bahagian 9: Plaza de España. Sebenarnya, saya dah tersilap sebab saya ingat kami makan tengahari ni pada hari kedua kami di Sevilla, rupanya pada hari pertama! 

Alahai, takpelah, saya cerita je la k macam mana pengalaman kami cuba menu del dia sevilla. Pada mulanya saya nak makan di restoran seafood goreng2 macam tu tapi tutup pulak kedai tu yang saya jumpa di pak gugel. Lepas tu kami cari je mana2 menu del dia Sevilla yang boleh kami makan.


Kami tak research sangat tempat mana yang kami nak makan tengahari. Tengok mana yang boleh makan kami masuk je. 

Bila tengok Pak gugel, kawasan yang banyak restoran ada di sebelah kiri kawasan gereja (macam gambar di atas). Jalan besar disebelah gereja ni juga adalah untuk laluan tram tapi disini adalah stesen terakhir/pertama. 



Gereja Sevilla

Lepas tengok peta, kami pun masuk dalam lorong kecil ni, dekat sini ada tourist information kiosk (TIK), kecil je dan kami tak masuk pun. 

Cuba tengok perbezaan gambar kami dan gambar dari pak gugel. Bulan September 2017 tempat ni bukan TIK, tapi kami sampai Oktober, 2017 dan dah jadi TIK. Banyak sangat yang berubah dalam sebulan. 


Kami ambil lorong yang berhadapan dengan TIK (arah ke kiri kalau ikut gambar di atas) dan cari punya cari akhirnya terjumpa yang dalam bajet kami dan keadaan cafe pun selesa. 

Kami pun masuk ke dalam restoran ni - Cafetería Pastelería los Ángeles. Boleh tengok review kat Trip Advisor sini


Depan kedai ada papan tanda biru (heladeria bermaksud aiskrim, cafeteria bermaksud kafe) dan disini ada jual pastri kuih muih dan aiskrim. 

Hari panas, ramai orang nak makan aiskrim. Kami duduk di dalam restoran, sebab ada air-cond..hehe. Lagipun kalau nak makan di bahagian luar biasanya mereka caj lebih sikit sebab duduk di kawasan terraza. 


You'll likely pay more to eat sitting at a mesa (table) and still more for a terraza (outdoor table) - Rick Steves, Eating Tapas in Spain


Saya tengok menu del dia restoran ni ada yang boleh kami makan, jadi kami pun masuk lah. Kawan saya ambil seafood paella dan saya ambil course menu del dia. Jumlah keseluruhannya kami kongsi berdua tapi....paella kawan saya masin sangat. 

Alahai, tak bernasib baik sebab kedai ni specialty dia bukan paella. Paella original kena cuba di Valencia, tempat asal kelahiran Paella.

Saya tak banyak sangat ambil gambar dalam restoran ni, satu sebab restoran dia tak cantik sangat hehe..biasa je; dua sebab perut dah keroncong Ana, langsung tak de perasaan nak bergambar2. 


Primer plato atau first course saya minta salad supaya kami boleh kongsi makan. Masha Allah terlalu banyak!! 

Lepas kami makan salad ni kenyang ya amat. Alhamdulillah. Ini adalah contoh salad yang biasa dihidangkan di kebanyakan restoran. 

Ada tuna, jagung, tomato, salad (lettuce) dan asparagus ..senang je kan? Sebelah tu ada minyak zaitun extra virgin, cuka, garam dan lada hitam. Letaklah atas salad ikut suka. 


Kemudian lepas habis makan salad, paella seafood kawan saya sampai. Eh lupa..sebab kami makan ikut course, jadi biasa pelayan dia tengok kita dah nak dekat habis, baru dia keluarkan second course. 

Bila saya tengok, alahai paella dia tak menarik berbanding yang kami makan di Granada. Rasa bersalah sangat kat kawan saya tapi apa nak buat, macik tak research awal2. Inilah akibatnya. 

Restoran ini pun sebenarnya lebih kepada pastri kuih muih, kalau sarapan saya rasa lebih sesuai berbanding makan tengahari. 

Saya punya second course cuma fish fillet goreng macam tonkatsu dan kentang goreng. Serving dia memang teramat banyak! Lupa nak ambil gambar..dan kami tak habis makan..satu sebab paella masin dan portion terlalu banyak. Astaghfirullah. 

Lepas kami dah tak larat nak makan, masih ada satu lagi yang kena makan. Dessert. Oleh kerana saya ambil menu del dia jadinya, kena lah makan ikut turutan dia. Ada banyak pilihan tapi saya nak tunjuk kat kawan saya antara manisan yang biasa di makan disini jadi saya ambillah natillas (sebut - natiyas). 

Macam kastad la kalau di Malaysia tapi atas dia ada biskut Marie sekeping dan ditabur serbuk kayu manis. Manisssssssssssss...hehe. Saya tak berapa gemor sangat dan sama juga tak habis kami makan. 


Natillas is a term in Spanish for a variety of custards and similar delicacies in the Spanish-speaking world. In Spain, this term refers to a custard dish made with milk and eggs, similar to other European creams as crème anglaise. In Colombia, the delicacy does not include eggs, and is called natilla - Wikipedia.

Sampai sini saja post kali ini. Hasta el próximo día إن شاء الله

You May Also Like

0 comments