Musim bunga di Madrid 2018

by - March 31, 2018

Pada 20 Mac 2018 yang lalu musim bunga sudah bermula di Sepanyol. Cuaca tahun ini lebih sejuk kalau dibandingkan dengan bulan Mac 2017 oleh kerana angin yang teramat sejuk ´The beast from the east´ telah melanda Eropah pada bulan Februari yang lepas. 

Sepanyol yang biasanya jarang2 hujan pada bulan Mac telah dilanda hujan rahmat yang tak disangka2. Alhamdulillah. Tetapi ini juga bermaksud musim bunga di Madrid, maksud saya bila bunga2 sakura mula mekar tahun ini juga dijangka lebih lambat. 


Cuaca Madrid Mac 2018. Sumber: Accuweather


Cuaca Madrid Mac 2017. Sumber: Accuweather

Bila ada orang tanya saya, bila musim bunga di Madrid akan bermula yang bermaksud bila bunga sakura akan mula mekar, saya kata biasanya awal bulan Mac. 

Tapi memang tak sangka sepanjang hujung bulan Februari dan awal bulan Mac asyik hujan saja tahun ini dan putik2 bunga masih belum ada tanda2 untuk mekar. Inilah kekuasaan Allah. Subhanallah. 

Manusia cuma boleh merancang atau meramal tapi tiada siapa tahu dengan pasti apa yang akan berlaku pada esok hari, hatta pada saat selepas ini. 

Ini adalah kronologi gambar2 bunga yang saya telah ambil sekitar Madrid disusun mengikut tarikh.


Gambar ini diambil pada 17 Februari 2018. Satu2 nya pokok yang telah berbunga. Bunganya putih dan tiada langsung rona merah jambu. 

Oleh kerana pokok ini tinggi saya tak dapat nak bezakan sama ada ia adalah bunga dari pokok badam atau dari pokok ceri. Di Sepanyol, bunga yang terkenal pada musim bunga adalah bunga dari pokok badam yang disebut - almendros

Kalau siapa2 nak lihat bunga pokok badam kembang di Madrid, boleh lawati Taman Quinta de Los Molinos, Line 5, Stesen Suances hujung Februari/ awal Mac. Boleh tengok keadaan taman ini ketika bunga2 kembang di laman ini.

Madrid mempunyai banyak sangat taman2 yang cantik macam Retiro, Manzanares, Parque del oeste, dan banyak lagi taman yang saya masih belum sempat pergi. 

Taman? Hmm..saya perasan bila umur sudah menjejaki 3 series dulu (macam kereta BM* daaa) , saya mula ada minat sikit2 nak tengok2 taman ni dan sekarang ni bila dah masuk 4 series ni lagi lah...Masha Allah, Ya Allah berkatilah umur ini yang Kau anugerahkan. Amin. 

Oh ya, ada satu doa yang bagus untuk diamalkan ketika umur sudah menjejaki 4 series ni. Kata omputeh, ´Life begins at 40´ tapi Islam sangat indah, Allah sudah beritahu kita siap2 dalam Al-Quran,  apa yang kita perlu fokus dalam hidup bila sudah masuk tahap ini. 

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


“Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan agar aku dapat mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”

(Surah al-Ahqaf, 46:15)

Kembali ke bunga-bunga jom!!


Gambar ini pula diambil bersebelahan dengan Stesen Renfe Cercanias berdekatan rumah saya iaitu di Villaverde Bajo pada 22 Februari 2018. 

Masa ni saya jangka ahh...tak lama lagi mesti mula kembang semua bunga2 di kawasan rumah saya sebab rumah saya di selatan Madrid, jadi lebih panas lagi cuaca dia dan bunga2 lebih awal kembang berbanding kawasan di utara Madrid. 


Kemudian pada tarikh 26 Februari 2018, saya ambil gambar di atas pula yang terletak di satu blok bersebelahan rumah saya. 

Dari pemerhatian saya, bunga dari pokok ini mungkin lain jenis dia dengan bunga dari pokok yang bersebelahan dengan stesen Renfe sebab setiap tahun memang bunga di sebelah stesen tu akan kembang dulu. 

Bermula dari tarikh ini juga, Sepanyol mula sejuk tak semena2 pada hujung bulan dua dan taburan hujan yang tinggi di kawasan yang jarang2 hujan bila nak masuk musim bunga. Subhanallah.

Pada 27 Februari, cuaca Madrid tiba2 jatuh ke minimum 2 celcius, maksimum 5 celcius berbanding hari sebelumnya minimum 2 celcius, maksimum 13. 

Pada tahun 2017, untuk tarikh yang sama minimum 5 celcius, maksimum 14. Dan hampir sepanjang minggu dari tarikh 27 Februari 2018 hingga dua minggu awal bulan Mac, seringkali hujan. Alhamdulillah. 

Tidaklah kering kulitku. Kalau tak, dah macam sisik ular..hehe. Cuaca Mediterranean ni kering. Siapa2 nak datang Sepanyol, pastikan sentiasa minum air ketika jalan2 di sini.


Gambar ini pula saya ambil pada 12 Mac 2018, setelah musim hujan yang berpanjangan dan langit Madrid yang senantiasa biru kebiasaannya tapi dalam tempoh dua minggu ini sentiasa suram. Gambar ini saya ambil di kawasan Madrid yang dipanggil, Barrio de Las Letras. Boleh lihat peta di sini

Hmm..apa maksudnya. Letra dalam bahasa Sepanyol membawa erti yang pelbagai - surat, huruf, seni, tulisan dan sebagainya. Tapi di kawasan ini, terdapat banyak laluan2 pejalan kaki yang dihiasi dengan petikan kata2 oleh artis2 seni, penulis, pengarah teater dan mereka2 yang terkenal dalam aliran seni diabadikan di kejiranan ini. Cantik kan? Lagi satu gambar macam ini saya pernah ambil di Plaza Mayor. 


Kemudian pada 13 Mac saya ambil gambar bunga Daisy di sebelah kiri, gambar atas di kawasan rumah kawan saya di utara Madrid. Selepas ini saya sudah lihat banyak bunga2 liar mula mekar di atas rumput2 di merata2 tempat. 

Selepas tu, minggu tu hujan lagi sampailah 19 Mac baru dapat lihat bunga2 sakura yang betul2 kembang di sekitar kelas bahasa Sepanyol saya di Embajadores. Subhanallah..cantik sangat dan hari ini juga hujan. 


Terlalu banyak gambar yang saya ingin kongsikan..apakan daya sudah terlalu panjang post ini..gambar diatas saya ambil pada 29 Mac baru2 ini di taman berdekatan rumah saya. Kalau tahun 2017, bunga2 ini sudah kembang pada 1 Mac. 

Sampai disini, sehingga bertemu di lain post. إن شاء الله 

You May Also Like

0 comments