Sevilla 2H1M – Bahagian 5: Royal Alcázar

Untuk Sevilla 2H1M – Bahagian 5 saya akan sambung tentang pengalaman kami melawat Sevilla dan salah satu tempat menarik di Sevilla adalah Royal Alcázar atau dalam bahasa Sepanyol di panggil Real Alcázar de Sevilla.

Alcázar bermaksud istana dan seperti yang diterangkan dari wikipedia adalah seperti berikut:
An alcázar ( /ˈæl kəˌzɑːr/)[1] is a type of Moorish castle or palace in Spain and Portugal built during Muslim rule, although some were founded by Christians and others were built on earlier Roman or Visigothic fortifications. Most of the alcázars were built between the 8th and 15th centuries. Many cities in Spain have an alcázar. The term is sometimes used as a synonym for "castillo" or castle; palaces or forts built by Christian rulers were also often called alcázars.

Sevilla atau Granada? Hmm..satu pilihan yang sukar. Granada terkenal dengan Istana Alhambra yang pada pendapat saya wajib pergi TAPI....tiket nak masuk istana ni dalam 14 euro memang cepat sold-out, jadi kena beli on-line paling tidak 3 bulan awal. 

Krezi gitu, tapi begitulah...atau pun ambil guided-tour dalam 40 euro seorang (tapi sekarang ada promosi 29 euro seorang) dan tak perlu lah beli awal. 

Tiket Alhambra booking di sini: Alhambra General

Guided Tour Alhambra di sini: Alhambra Tour

Kalau tak dapat masuk Istana Alhambra? Pilihan kedua adalah Royal Alcázar ini yang pada pendapat saya hampir sama cantiknya dengan Istana Alhambra dalam 80%. Puas hati dan terubatlah hati tu walaupun tak dapat masuk Istana Alhambra. 

Di Sevilla tak perlu booking tiket nak masuk Royal Alcázar, beratur je..dalam 10-15 minit dah dapat tiket. Tak perlu nak beratur lama sangat dan tiket lebih murah 9,50 euro. 

Kalau ada banyak masa dan pitih, pergi saja ke semua tempat2 yang tersohor untuk dilawati di Sepanyol seperti Granada, Sevilla, Cordoba, Toledo dan Barcelona. Madrid? 

Femes jugak..hehe. Kalau minat bola, boleh lah singgah Stadium Santiago Bernabéu di Madrid, kalau tak, saya rasa boleh skip je Madrid ni. :)


Baiklah, mari sambung cerita dari Sevilla 2H1M – Bahagian 4: La Giralda. Untuk pergi ke Royal Alcázar taklah susah dari La Giralda. Kalau kita berdiri betul2 di hadapan La Giralda, jalan ke kiri dalam 2 minit dah jumpa pintu belakang (Back gate) Royal Alcázar. 


Kami pula tak terus ke Royal Alcázar tapi pergi merayau2 ke jalan2 sekitarnya mencari cenderamata. Lepas tu baru kami pergi ke Royal Alcázar. Macam gambar di atas ni, kami lalu lorong menuju ke pintu belakang. 

Terjumpa kedai seramik ni tapi kami tak masuk. Teringat kata suami, piring seramik ni beli kat Maghribi je. Lagi cantik dan lebih murah. Hehe..Moroccan pride. Sentiasa la ada rasa competition. Iyalah, sejarah antara negara mereka beratus2 tahun, jadi dah ada dalam darah semangat tu. Kira2 macam Jepun dan Korea lah.


Mulanya kami ingat inilah pintu nak masuk Royal Alcázar (Sebelah kanan-gambar atas). Jadi kami pun masuklah, ambik gambar punyalah banyak sebab excited sangat tapi lama2 tengok orang macam banyak keluar je berbanding masuk. 

Bila dah masuk gate, ada bangunan kuning di hujung taman. Bila tiba di bangunan kuning ni baru sedar, oh, pintu keluar rupanya. 

Kami tanyalah pelancong yang keluar. Mereka kata kalau nak pergi ke pintu utama, kena keluar semula gate belakang ni dan belok ke sebelah kiri. Sebelah kiri-gambar atas adalah Tourist Information Center. Kami tak masuk sebab dah dapat peta Sevilla di Hostal Pension Catedral.


Bila kami keluar je dari pintu belakang ni kami dikerumuni mereka yang menjual pakej tarian flamenco. Rata2 beserta minuman alkohol. 1 jam persembahan bersama minuman dalam 35 euro. 

Ada satu pakcik ni bersemangat sangat terangkan. Kami dengar je lah. Persembahan yang ada semuanya waktu malam. Tapi sebab ini hari pertama kami sampai, dah ada rasa2 pancit..hehe. Kawan saya pula jet lag, masih tak biasa lagi dengan waktu Spain. 

Sesungguhnya stamina masa awal 30-an dan awal 40-an ini memang sangat berbeza. :) 


Kami pun tolak promosi pakcik tu dan terus belok ke kiri, nampak satu barisan panjang, terus kami beratur. Sebenarnya taklah panjang sangat sebab kami tak perlu tunggu lama seperti di Istana Alhambra. 

Masa beratur ada seorang makcik dari Amerika (berdiri belakang kawan saya, gambar atas, kanan). Dia tegur kami sebab nak tahu bahasa apa yang kami cakap.:) 

Dari situlah dia mula cerita yang dia dari New York tengah cuti2 dengan suami dia. Tapi suami dia tak berminat nak masuk Royal Alcázar terpaksa la dia beratur sorang2. Alahai..

Inilah dia pintu utama Royal Alcázar. Masha Allah, cantik kan?




Kami beratur dalam 15 minit macam tu, beli tiket untuk dua orang. Satu tiket berharga 9,50 euro. Sebenarnya ada free entry ke Royal Alcázar setiap hari Isnin dari pukul 4 petang. Tapi sebab kami datang hari Rabu tak dapatlah masuk secara percuma. 

Tapi saya rasa lebih baik bayar sebab untuk masuk percuma ni cuma dapat satu jam saja dan kami merayau2 dalam Royal Alcázar ni lebih kurang dua jam. Jadi kalau cuma satu jam, memang rasa tergesa-gesa sangat! Dua jam tak termasuk beratur nak beli tiket tau.

Dari laman web Royal Alcázar: Monday from 18:00 to 19:00. from April to September, and from 16:00 to 17:00 from October to March: Free.

Nak masuk kena scan barang2 macam kat airport lepas tu baru dapat beli tiket. Tiket untuk dua orang dia print dalam satu tiket je. Lepas bayar tiket, pertama sekali kami kena melalui satu taman kecil yang dipangil - The Lion Courtyard. 

Lepas tu kami terus lalu pintu gerbang seperti diatas dan terus jumpa bangunan dengan hiasan Moorish seperti di gambar di bawah ini. Seterusnya adalah gambar2 di dalam Royal Alcázar. Tip: Kalau boleh pakailah baju selain warna hitam, coklat atau kuning sebab nanti tenggelam, gambar tak jelas. 









Selepas puas merayau2 di bahagian dalam Royal Alcázar, kami pun terus mencari kawasan tamannya yang besar seperti gambar di bawah. Kami nampak sebuah kerusi panjang, terus tak lepaskan peluang untuk duduk melepaskan lelah dan minum air. 

Cantik taman dia, dijaga rapi dan sangat luas. Sayup mata memandang melihat pokok2 palma yang tinggi memenuhi ruang taman. Saya terkenang2 kampung halaman. Berbeza dengan taman di Istana Alhambra yang lebih romantik tapi kalau di taman Royal Alcázar ni saya rasa lebih tenang. 



Di dalam taman penuh dengan pokok2 limau yang pahit. Hanya sesuai untuk dibuat teh dari kulitnya. Di dalam taman ada beberapa pekerja tengah menyelenggara beberapa peralatan seperti pakcik dalam gambar di atas. 


Pictures cannot do the justice. Memang kena datang sendiri dan lihat sendiri keindahan istana Royal Alcázar dan taman dia yang mendamaikan ini. Subhanallah. Sentiasa terfikir bagaimana keadaannya kehidupan ketika era kegemilangan Islam di sini. Kalaulah kita boleh kembali ke zaman silam untuk melihat semua ini.


Kami banyak habiskan masa rehat2 di taman ni. Bila dah nampak pasu bunga dalam gambar di sebelah kanan-bawah gambar di atas, maknanya kita sudah sampai ke penghujung dan akan jumpa pintu keluar dari Royal Alcázar.


Pintu keluar dari Royal Alcázar adalah seperti gambar di atas dan di sinilah kami sesat untuk cari pintu utama Royal Alcázar. Nampak tak La Giralda? Dekat kan? Itu yang saya kata Royal Alcázar dengan La Giralda jalan kaki cuma 2 minit je. :)

Lepas melawat Royal Alcázar ni kami merayau2 lagi di tengah bandar sampai pukul 3 petang dan kembali ke Hostal Pension Catedral untuk check-in. Balik memang dah pancit, mandi, solat, tidur kejap dalam pukul 7 petang kami keluar semula. Oh..kami tak makan tengahari pun sebab masih kenyang lagi dari sarapan di Kafe Pan y Piu pagi tadi. 

Petang ni kami pergi melawat Metropol Parasol dan Masjid Sevilla @ Sevilla Mosque Foundation. Tunggguuuuu...sehingga ke post seterusnya. Insha Allah.

0 comments:

Post a Comment