Bissara Makanan Maghribi

Saya sebenarnya tak pernah rasa atau cuba makanan Maghribi sebelum berkahwin. Selepas berkahwin baru saya tahu..sedap rupanya masakan Maghribi ni. Masha Allah. Kalau tak, dulu..balik2 makanan Korea, Jepun, Malaysia..turn on repeat mode. :) 

Makanan Maghribi penuh dengan rempah ratus dan yang pasti lain dengan makanan Melayu atau nusantara. Makanan kita banyak juga menggunakan rempah ratus tapi dari pemerhatian saya makanan Maghribi banyak menggunakan rempah ratus yang sudah dikisar halus.


Gambar: *SHERWOOD* Flickr - Spices in the medina of Marrakech

Antara rempah ratus yang banyak digunakan untuk makanan Maghribi; azafran - rempah yang paling mahal di dunia, jintan putih, serbuk paprika merah yang manis dan untuk herba; daun pasli dan daun ketumbar. 

Cerita pasal daun pasli, di Madrid, kalau kita beli sayur2 di kedai (seperti gambar di bawah) sebelum membuat pembayaran kita boleh minta daun pasli percuma.

Dame un poco de perejil, por favor -  Boleh beri saya sedikit daun pasli?


Tapi daun ketumbar kena beli dan tidak diberi secara percuma. Satu kali di Malaysia, saya cuba masak tajine ayam untuk keluarga dan puas saya cari daun ketumbar di pasar di kampung tapi cuma dijual dalam kuantiti yang kecil dan masakan Maghribi pula menggunakan banyak daun pasli dan ketumbar.


Gambar: Tabkh.org

Kali ni saya nak cerita pasal makanan Maghribi iaitu Bissara. Suami panggil Baisara. Ada juga yang sebut Bessara tapi yang pasti dalam tulisan bahasa Arab ditulis begini بيصارة. Bissara ni orang Maghribi biasanya makan untuk sarapan kerana ia kaya dengan protein dan berat. Jadi bagus untuk mendapat tenaga waktu pagi sebelum bekerja. 

Tapi, sebenarnya boleh je makan tidak kira waktu. Cuma awas...siapa yang alah, siap sedia lah kerana badan akan mengeluarkan angin dari setiap penjuru. :) Jadi kami tidak akan makan pada waktu malam kerana takut perut berangin. 

Makanan seperti Bissara ni kami sebut potaje dalam bahasa Sepanyol atau dalam bahasa Inggeris potage. Makanan seperti ini sesuai sangat untuk musim sejuk, dimakan panas2 bersama potongan roti Baguette dan lebih sedap lagi dengan roti Maghribi. 

Bissara ni rupa dia lebih kepada potaje atau puree. Kita masak lama2 atas dapur sampai lembut, kemudian kita kisar pakai ´hand blender´ dan jadilah seperti bubur bayi...hehe. Siapa biasa makan Hummus, Bissara ini lebih kurang begini, tetapi lebih berair dan menggunakan kekacang yang berlainan iaitu kacang parang

Di Sepanyol, kami panggil - habas atau dalam bahasa Inggeris - Fava beans atau dalam bahasa Arab  فول.


Kelmarin suami saya minta saya masakkan Bissara ni, sebab dah lama tak makan. Hehe..saya pulak jenis tak berapa suka makan potaje atau puree..kalau saya masak pun untuk suami je. Entahla, perut rasa tak puas kalau tak makan nasik. Perut orang Malaysia..hehe.

Untuk resepi Bissara ni saya guna resepi asal dari laman web tabkh.org. Sebenarnya setiap keluarga ada cara tersendiri untuk masak Bissara ni dan setiap bahagian timur,barat,utara dan selatan Maghribi pun ada cara yang berbeza untuk masak satu makanan yang sama. 

Sama juga macam di Malaysia, sambal tumis mak saya mungkin rasa dia lain dengan sambal tumis mak orang lain.. :)

Bissara


1/2 kg kacang parang

2 sudu besar daun pasli yang dipotong halus

2 sudu besar daun ketumbar yang dipotong halus

1 biji bawang besar Holland

7 ulas bawang putih

1 biji tomato besar (kalau boleh yang merah ranum)

2 sudu besar minyak zaitun evoo (extra virgin olive oil)

1 sudu teh kecil garam 

1 sudu teh kecil serbuk paprika manis

1 sudu besar jintan putih

Air sehingga menutupi semua bahan2

Cara-cara

Masukkan kacang parang ke dalam periuk 
Masukkan semua bahan-bahan lain
Masukkan air sehingga melitupi kesemua kacang parang
Masak pada api sederhana dan selepas 30 minit tutup api dan biarkan sejuk seketika (saya biasanya tak tunggu hingga sejuk dan kisar terus masa panas2 tapi kena berhati2 takut merecik)
Gunakan hand blender dan kisar (saya biasa tak pindahkan dalam bekas lain untuk kisar, dalam periuk tu terus kisar)
Masak semula 10 minit dengan api sederhana (awas! jangan guna api besar sebab takut Bissara hangit) dan sekejap2 kacau supaya dasar periuk tak hangit
Hidangkan dalam mangkuk kemudian dihias minyak zaitun dan jintan putih.

Tip: Makanan seperti sup harira atau potaje Maghribi ni, lebih enak kalau dimakan sehari selepas dimasak. Mungkin sebab rasa dia sudah sebati. :)

2 comments:

  1. En abg saya, suka algerianne harirah dan couscous, saya pun still belajar masak masakan dari sana, basically mknn dorang byk berasaskan tomato, yg diracik, dipuree dan yg boil sebiji bulat bulat, selalu kalau masak , saya minta pebdapat dia ok x, so far belum pernah dpt 2 thumbs up lg, so so jer, huhuhu, kalau MIL ada lg bolelah belajar direct , ni cedok dari internet n buku masakan , jd take time , kena cuba dan cuba hingga perfect.😊

    ReplyDelete
  2. Saya pun sama saja :), cedok dari pak gugel..hehe. Tak sempat nak belajar dari arwah MIL.

    ReplyDelete