Sevilla 2H1M - Bahagian 2

by - January 29, 2018

Ini adalah sambungan untuk siri jelajah Sevilla 2H1M - Bahagian 2 dan untuk Sevilla 2H1M - Bahagian 1 boleh baca di sini. Mari kita sambung cerita yang dah lama tergantung. Harap2 tak lupa dibalik sarang labah2 dalam kepala...hehe. Insha Allah.


Bahagian dalam Stesen Sevilla Santa Justa.

Kami sampai di Stesen Sevilla Santa Justa pukul 9.16 pagi. Alhamdulillah. Mula ingat nak cuba tidur dalam tren tapi langsung tak boleh pejam mata. Kalau orang sepanyol cakap ´nervioso´. Nerve wrecking lah..sebab ini pertama kali saya ziarah tanpa suami di Sepanyol nih. Bila dah terbiasa suami yang uruskan semua, dia yang cakap Spanish semua, kita macam ´take for granted´ lah. Ni bila dah sendiri2 mula lah ´nervioso´ dok praktis cakap Sepanyol macik nih. Alhamdulillah dapat lah orang sini faham. :)

Mula2 sekali cari ´Aseos´ atau ´servicio´ iaitu tandas. Ada dua tandas di bahagian paling hujung kiri dan kanan dalam Stesen Sevilla Santa Justa. Masuk percuma, tak perlu bayar. Saya nyatakan kat sini sebab macam tandas di Madrid, Stesen Puerta de Atocha kena bayar 0,60 sen euro. 

Satu lagi, kat Spain ni susah nak cari tandas awam, kalau ada yang free atau bila makan kat restoran, pastikan pergi tandas dulu sebelum teruskan perjalanan sebab kalau tak nanti naya. Boleh je masuk mana2 bar tumpang tandas tapi saya tak pernah buat, cuma suami je. 

Haa..satu lagi, macam mana nak tanya di mana tandas kat orang Sepanyol?

Perdón, ¿dónde está el servicio? 

Perdón -  ni macam `excuse me`

dónde - di mana

está - `is` dalam bahasa Inggeris

el - `the` dalam bahasa Inggeris

servicio - tandas

Maaf, terpaksa guna bahasa rojak dalam post, sebab kadang2 saya rasa Bahasa Malaysia atau Melayu ini susah nak terangkan secara tepat makna satu2 perkataan dan saya bukan guru bahasa. Jadi paling cepat dan ringkas, terus guna bahasa Inggeris untuk tahu makna. Lo siento! - ´Maaf´.

Masalah kalau kita tak cakap bahasa Sepanyol adalah: Bila nak tanya dia boleh lah refer buku atau handphone, sekali dia balas macam bullet train, tu dia...hahaha. Kat sini saya bagi kata2 kunci:

Todo recto (bunyi dia - rek to) / recto / directo -  terus

Detras / tras - belakang

Al fondo  - tingkat bawah

Izquierda (bunyi dia - iz ki yer da) - kiri

Derecha - kanan

Mula2 ingat nak sarapan dulu di Stesen Sevilla Santa Justa sebab kira ok jugaklah harga kopi + croissant cuma 2 euro tapi sebelum pergi Sevilla saya dah riki2 cafe2 yang kira ok di Sevilla melalui Trip Advisor, jadi nak tak nak memang saya kena pergi check in Hostal Pension Catedral dulu baru pergi sarapan.


Saya dah set ingat nak jalan kaki je Stesen Sevilla Santa Justa ke Hostal Pension Catedral...hahaha. Sebab bila tengok kat google map, jarak dia cuma 1.3km dalam 20 minit je. Saya tanya pendapat suami, dia kata jalan je lah tapi sebab kawan saya di Malaysia pergi balik kerja naik kereta dari pagar rumah ke pagar pejabat, jadi saya rasa tak perlulah menyeksa kawan saya..hehe. Simpan stamina untuk jalan kaki lebih banyak lepas sarapan:)


Ok..baiklah, jadi kami setuju untuk guna bas awam yang tak jauh dari pintu gerbang Stesen Sevilla Santa Justa. Hentian bas awam ni tak susah nak cari sebab jalan sikit lepas tempat parking, dah nampak. Sebab dia betul2 di jalan besar. Kami tak perlu melintas jalan. Sebelum pergi saya dah riki2 kena naik bas nombor 21, warna merah dan tiket 1,40 euro seorang. 

Sebenarnya saya ada baca di TripAdvisor ada day pass yang boleh dikongsi. Tiket rechargable kena beli 1,50 euro dan kena tambah nilai 7 euro untuk penggunaan. Sekali naik cuma bayar 0,69 sen euro je. Saya ada cuba tanya tentang day pass ni dekat satu pelajar hensem (in general, orang Sepanyol di Andalusia hensem dan cantik sebab ada darah Arab) yang tengah tunggu bas kat situ, tapi dia kata dia tak tahu kat mana kiosk ´prensa´ yang dibagitahu kat TripAdvisor tu. Akhirnya saya pun beli je lah tiket one way, bayar kat pemandu bas bila naik bas. 


Oh, buat pengetahuan, di Sevilla ada tiga stesen tren utama. Kita boleh lihat bila nak beli tiket tren Renfe dari laman web Renfe (seperti gambar di atas). Selepas timbang tara, Stesen Sevilla Santa Justa adalah yang terbaik sebab tren Renfe ke Santa Bernardo dan Virgen Del Rocio perlu melakukan pertukaran tren di Santa Justa dan saya rasa leceh di situ.

Selepas membeli tiket tren baru saya pilih hostal ataupun hostel. Kami pilih Hostal Pension Catedral atas beberapa sebab iaitu dekat dengan Masjid Seville, dekat dengan Stesen Sevilla Santa Justa, dekat dengan jalan besar supaya tak perlu seret beg luggage jauh2 sebab jalan di Sevilla ni tak rata dan hostal ini murah untuk katil double. Saya akan buat post khas untuk Hostal Pension Catedral di lain waktu Insha Allah.

Baiklah, lepas dah naik bas tu saya terus alert lah, sebab tiada pengumuman dalam bahasa Inggeris untuk setiap hentian. Dalam google map, tunjuk perjalanan bas dalam 18 minit, tapi bila dalam bas rasa tak sampai 5 minit pun. Jadi saya tanya lah seorang nenek yang berdiri sebelah saya. Dia kata cuma dua station je selepas Stesen Santa Justa. Alhamdulillah sempat tanya, kalau tak terlepas dah...:)

Bersambung di post yang seterusnya, Insha Allah.

You May Also Like

0 comments