Sevilla 2H1M - Bahagian 1

Bismillah

Ini adalah kali pertama saya melawat Sevilla dan ditemani oleh teman rapat dari Malaysia yang datang melawat selama seminggu ke Madrid, Sevilla dan Cordoba. Untuk teman saya, saya telah merancang cuti2 Sevilla 2H1M untuk dia sebab kami tak cukup masa. Dia cuma datang seminggu saja, dari 7-15 Oktober 2017.

Kalau ikutkan hati, 3H2M di Sevilla lebih baik bagi saya sebab tak terburu2 dan Sevilla lebih besar dari Cordoba dan lebih banyak tempat untuk dilawati.

Alhamdulillah, kami datang menggunakan perkhidmatan kenderaan awam sepenuhnya sepanjang seminggu teman saya bercuti2 ke Sepanyol dan semoga dapat membantu sedikit sebanyak sesiapa yang ingin menggunakan cara yang sama.

Kami bertolak dari rumah saya ke Stesen tren Puerta de Atocha untuk menaiki tren ke Stesen Sevilla-Santa Justa. Di Sevilla, ada tiga stesen tren yang tersenarai di laman web Renfe. Saya turun di Santa Justa sebab hostel kami berdekatan dengan stesen ini. 

Tren dari Stesen Puerta de Atocha bergerak jam 6.20 pagi! Huhu..Pukul 5.30 pagi kami dah terpacak tunggu di stesen berdekatan rumah saya. Tren Renfe Cercanias paling awal gerak pukul 5.29 pagi kalau tak silap tapi sebab rumah saya ke Puerta de Atocha cuma jarak satu stesen jadi saya ambil tren pada waktu yang lain.

Ada satu benda yang saya rasa sedikit hairan di Madrid ni. Bila kami nak bayar tiket dari stesen tren Renfe Cercanias, pintu gate automatik untuk membuat bayaran terbuka luas, tiada penghadang. Semua orang keluar masuk selamba je. Jadi saya buat kesimpulan sendiri...ah mungkin sebelum pukul 6 pagi adalah percuma sebab takde pegawai yang bertugas.

Kami syukur sajalah..:) Dah jimat kos disitu. Alhamdulillah. Baik hati betul kerajaan Sepanyol ni tapi bila fikir hmmm rugi jugak kerajaan kalau camni. Kalau naik Metro pula, tiket tidak diperiksa pada destinasi terakhir sebab tiada pintu gate automatik. :O Jadi siapa bayar untuk jarak satu stesen boleh guna untuk jarak paling maksima. Tapi hati2 kalau ada konduktor tren yang cek tiket. Kalau kena cekup, bayar dendalah jawapnye!



Gambar atas: Stesen Renfe Cercanias Villaverde Bajo lebih kurang pukul 5.45 pagi

Gambar bawah-kiri: Stesen Puerta de Atocha, Tingkat 1, check-in tiket dan scan beg (macam imigration) tapi cuma cek tiket, tak cek passport

Gambar bawah-kanan: Tren kami, jenis AV-city kalau tak silap. Renfe ada banyak jenis tren. Yang ini takde restoran dalam tren


Kenapa saya beli tiket tren Madrid-Sevilla jam 6.20 pagi? Sebab itu yang paling murah dalam 41 euro seorang untuk perjalanan lebih kurang 3 jam dan stesen tren Puerta de Atocha dekat dengan rumah saya.

Pada mulanya saya ingat nak naik bas ekspres, tapi jarak perjalanan 6 jam 30 minit dan harga untuk seorang 24,65 euro (bas Socibus Normal) atau 32,15 euro (bas Socibus PLUS). Stesen bas ekspress pun tak dekat dengan rumah, jadi saya fikir naik tren sajalah. Masa pulang dari Cordoba ke Madrid pula, kami naik bas ekspress. Saja je, nak cuba dua2 jenis kenderaan.


Gambar atas: Tiket tren Renfe yang dibeli melalui laman web perlu di print. Kalau cuma ada dalam telefon, mereka tak terima sebagai bukti pembelian tiket.

Gambar bawah-kiri: Stesen Renfe Sevilla-Santa Justa 

Gambar bawah-kanan: Stesen Renfe Sevilla-Santa Justa bahagian pembelian tiket, menunggu dan ada beberapa kedai dan restoran

Nasihat saya, kalau nak beli tiket tren lebih baik beli awal sebab harga tiket lebih murah. Macam stail beli tiket kapal terbang lah, kalau dah dekat dengan tarikh berlepas, tiket lebih mahal. Untuk bas ekspress tidak begitu. Harga tiket sama saja kalau beli awal atau beli lambat. 

Untuk tiket tren, boleh beli di sini: Renfe

Untuk tiket bas dari Madrid ke Sevilla boleh beli di sini: Socibus

Bersambung ke post seterusnya Sevilla 2H1M - Bahagian 2.

0 comments:

Post a Comment