Laban Laben L'ben

Suami saya suka minum Laban/Laben/L'ben dan saya pula jenis perut antarabangsa yang tidak memilih makanan, asal halal boleh je cuba, jadi saya pun terpengaruh juga la. Untuk kesihatan katanya. Boleh baca kebaikan laban atau 'buttermilk' di sini.



Minuman Laban ini saya pernah cuba minum pertama kali sekitar Masjid M30, seperti minuman yogurt, berwarna putih seperti susu dan masam.

Pada mulanya saya tak boleh terima tahap kemasamannya sebab pada saya terlalu masam, rasa macam asid pun ada. Tapi alah bisa tegal biasa. Mana taknya, setiap malam sebelum tidur suami saya minum satu cawan. Saya tak sanggup, bila ada rasa nak minum je baru saya minum. 

Nama minuman ini ada banyak variasi. Ada panggil laban/l'ben/leben. Kalau ditulis dalam huruf bahasa Arab adalah لبن‎‎. Oleh kerana saya tidak pernah pergi ke mana2 negara Arab lagi, jadi saya tak dapat nak bezakan rasa laban di negara2 Arab yang lain.

Tapi mengikut pencarian saya di Google, Laban ni memang banyak diminum di negara2 Arab. Boleh baca di laman2 web ini, ini dan ini. Ia dipanggil 'buttermilk' dalam bahasa Inggeris dan kalau dari versi Inggeris, cara pembuatannya berbeza dari sebelah Arab.

Kawan saya dari Turki pernah tunjuk cara peram susu 4 liter, panaskan hingga rasa suam2 kuku, alihkan dari stove, kemudian masukkan yogurt putih satu pek 150ml, kacau rata dan peram satu malam dalam 8 jam. Waktu sarapan dah siap untuk dimakan. 

Boleh tengok video ni.


Kadang2 kami makan campur dengan couscous yang sudah di masak sebagai minuman atau ketika makan couscous bersama lauk daging atau ayam, mesti ada satu gelas laban di sebelah. 

Boleh tengok video ni.


Ketika bulan puasa, laban adalah satu minuman yang wajib ada atas meja ketika waktu berbuka (iftar). Almaklum, ketika berpuasa kurangnya pergerakan perut jadi tidak banyak hasil dari sistem perkumuhan. Jadi laban ini membantu untuk melancarkan pada pendapat saya.

Di Madrid, saya pernah pergi satu restoran 'vegan' bersama teman saya dari Korea dan suaminya orang Amerika yang mengamalkan cara pemakanan 'vegan'. Ketika di restoran tu, saya berpeluang mencuba satu lagi jenis minuman yang diperam iaitu kefir. 

Selepas mencuba kefir...bukan kafir ye..:) saya suka lagi kefir berbanding rasa laban. Pengalaman saya minum kefir, boleh baca disini. Rasanya kurang masam dan 'smooth' hehe. Susah pulak nak terangkan dalam bahasa Malaysia. Kefir ada dijual di Mercadona, 500 ml dalam 2 euro tak silap tapi laban lebih murah kerana memang senang nak jumpa di mana2 kedai runcit Maghribi di sekitar rumah saya. 

Kenapa saya nak cerita pasal laban hari ini? Sebab saya cuba cari tarikh luput laban yang kami beli baru2 ini. Suami saya kalau beli, dia beli 2-3 bungkus sehari untuk stok beberapa hari dan saya pula lupa nak pastikan tarikh luput pada bungkusan. 

Minda saya masih berfikir dalam bahasa Inggeris ketika membaca tulisan dalam bahasa Sepanyol. Jadi pada bungkusan laban ni ada label ditulis 29 ago. 

Saya fikir dalam bahasa Inggeris, jadi saya ingatkan '29 days ago'. Hahah..mungkin laban ini dihasilkan 29 hari yang lepas. Hmm, pelik pula. Jadi saya tanya suami.

¿Que es 29 (ventinueve) ago? (Apa dia 29 ago ni?)

¿Como? (Apa?)

Se escribe aqui 29 ago. (Kat sini (Saya tunjuk la bungkusan laban pada dia) ditulis 29 ago. )

Es 29 agosto. (29 Ogos)

Hehehe...lepas tu saya ketawa dan terus ketawa. Aduhai Zarina..baru saya tahu tanda 29 Ago itu lah tarikh luput laban ni. 

Hasta la proxima.:)

0 comments:

Post a Comment