Suami saya suka minum Laban/Laben/L'ben dan saya pula jenis perut antarabangsa yang tidak memilih makanan, asal halal boleh je cuba, jadi saya pun terpengaruh juga la. Untuk kesihatan katanya. Boleh baca kebaikan laban atau 'buttermilk' di sini.



Minuman Laban ini saya pernah cuba minum pertama kali sekitar Masjid M30, seperti minuman yogurt, berwarna putih seperti susu dan masam.

Pada mulanya saya tak boleh terima tahap kemasamannya sebab pada saya terlalu masam, rasa macam asid pun ada. Tapi alah bisa tegal biasa. Mana taknya, setiap malam sebelum tidur suami saya minum satu cawan. Saya tak sanggup, bila ada rasa nak minum je baru saya minum. 

Nama minuman ini ada banyak variasi. Ada panggil laban/l'ben/leben. Kalau ditulis dalam huruf bahasa Arab adalah لبن‎‎. Oleh kerana saya tidak pernah pergi ke mana2 negara Arab lagi, jadi saya tak dapat nak bezakan rasa laban di negara2 Arab yang lain.

Tapi mengikut pencarian saya di Google, Laban ni memang banyak diminum di negara2 Arab. Boleh baca di laman2 web ini, ini dan ini. Ia dipanggil 'buttermilk' dalam bahasa Inggeris dan kalau dari versi Inggeris, cara pembuatannya berbeza dari sebelah Arab.

Kawan saya dari Turki pernah tunjuk cara peram susu 4 liter, panaskan hingga rasa suam2 kuku, alihkan dari stove, kemudian masukkan yogurt putih satu pek 150ml, kacau rata dan peram satu malam dalam 8 jam. Waktu sarapan dah siap untuk dimakan. 

Boleh tengok video ni.


Kadang2 kami makan campur dengan couscous yang sudah di masak sebagai minuman atau ketika makan couscous bersama lauk daging atau ayam, mesti ada satu gelas laban di sebelah. 

Boleh tengok video ni.


Ketika bulan puasa, laban adalah satu minuman yang wajib ada atas meja ketika waktu berbuka (iftar). Almaklum, ketika berpuasa kurangnya pergerakan perut jadi tidak banyak hasil dari sistem perkumuhan. Jadi laban ini membantu untuk melancarkan pada pendapat saya.

Di Madrid, saya pernah pergi satu restoran 'vegan' bersama teman saya dari Korea dan suaminya orang Amerika yang mengamalkan cara pemakanan 'vegan'. Ketika di restoran tu, saya berpeluang mencuba satu lagi jenis minuman yang diperam iaitu kefir. 

Selepas mencuba kefir...bukan kafir ye..:) saya suka lagi kefir berbanding rasa laban. Pengalaman saya minum kefir, boleh baca disini. Rasanya kurang masam dan 'smooth' hehe. Susah pulak nak terangkan dalam bahasa Malaysia. Kefir ada dijual di Mercadona, 500 ml dalam 2 euro tak silap tapi laban lebih murah kerana memang senang nak jumpa di mana2 kedai runcit Maghribi di sekitar rumah saya. 

Kenapa saya nak cerita pasal laban hari ini? Sebab saya cuba cari tarikh luput laban yang kami beli baru2 ini. Suami saya kalau beli, dia beli 2-3 bungkus sehari untuk stok beberapa hari dan saya pula lupa nak pastikan tarikh luput pada bungkusan. 

Minda saya masih berfikir dalam bahasa Inggeris ketika membaca tulisan dalam bahasa Sepanyol. Jadi pada bungkusan laban ni ada label ditulis 29 ago. 

Saya fikir dalam bahasa Inggeris, jadi saya ingatkan '29 days ago'. Hahah..mungkin laban ini dihasilkan 29 hari yang lepas. Hmm, pelik pula. Jadi saya tanya suami.

¿Que es 29 (ventinueve) ago? (Apa dia 29 ago ni?)

¿Como? (Apa?)

Se escribe aqui 29 ago. (Kat sini (Saya tunjuk la bungkusan laban pada dia) ditulis 29 ago. )

Es 29 agosto. (29 Ogos)

Hehehe...lepas tu saya ketawa dan terus ketawa. Aduhai Zarina..baru saya tahu tanda 29 Ago itu lah tarikh luput laban ni. 

Hasta la proxima.:)
Alhamdulillah, terima kasih pada adik pelajar dari Malaysia ni yang sudi ajak pergi jalan2 melawat Parque Del Oeste Rose Garden Madrid. Musim panas yang mencabar ni kalau ikutkan perasaan memang nak duduk rumah je. :)

Parque - Park - Taman

Del - de el - of the 

Oeste - West - Barat

Sikit je la ye..nanti banyak2 tak larat nak hapai..hihi. 

Kenapa nama dia Taman Barat sebab kedudukan dia adalah di sebelah barat laut bandar Madrid. Antara utara dan barat. Boleh tengok peta di bawah. 


Sebenarnya kalau jalan kaki dari Plaza de España ni dekat je dalam 15 minittapi adik ni nak jumpa dekat stesen Principe Pio, ok jugak sebab tak pernah berhenti lagi dekat stesen ni. Dari stesen Metro atau Cercanias Principe Pio cuma tujuh minit.

Dekat Principe Pio pun ada pusat membeli belah yang dipanggil 'centro comercial' dalam bahasa Sepanyol. Sebutan..tsentro komertsial. 'ts' tu bunyi macam huruf ث.


Cantik stesen ni, teringat dekat stesen KL Sentral kat Malaysia. Stesen ni ada Metro dan Cercanias. Saya naik Cercanias macam gambar di bawah ni sebab stesen Cercanias dekat dengan rumah saya.



Tapi kenapa tak ramai orang ye kat stesen ni? (Gambar atas). Sebab sekarang musim panas. Sekolah dan universiti cuti musim panas tiga bulan! 

Contohnya, kelas bahasa Sepanyol saya 22 Jun sudah mula cuti dan 18 September baru mula balik. Boleh? Jadi ibu bapa kat sini pun ambil peluang untuk pergi bercuti. Madrid jadi lengang kecuali kawasan pelancong sebab orang2 dari luar Sepanyol pun nak datang tengok Madrid.

Musim panas di Madrid..hmm..sebab saya orang Malaysia jadi tak berapa gemar nak jalan bila panas2 ni. Panas di Madrid tak sama macam di Malaysia. Sekurang2nya di Malaysia panas lembap dan boleh tahan lagi. Kat sini panas kering, kulit saya pijar macam baru lepas redam tangan dalam air lada kering rasa dia. Subhanallah. Jenis kulit sensitif dan manja hehe. :)


Ok, dari Stesen Principe Pio, keluar dari pintu Paseo del Rey. Bawah papan tanda tu tong sampah yang di 'vandalized'. Sini banyak macam ni, pintu2 kedai, tong sampah, keretapi pun habis kena graffiti. Ada yang cantik, ada yang menyakitkan mata.

Bila keluar dari stesen, adik tu dah tunggu lebih 20 minit di luar. Dia kata masa tunggu saya, tak ramai orang dekat situ dan tiba2 ada orang mabuk / orang tengah 'high' mintak duit kat dia kata nak beli tiket metro. Hmm...

Saya pernah kena tegur dengan orang macam ni. Cikgu saya nasihat kalau ada orang macam ni, tanya dia nak tiket pergi mana? Kita belikan untuk dia. Pasti lepas tu dia akan menyumpah kat kita sebab dia nak duit beli benda2 yang mengkhayalkan..dadah dan sebagainya bukannya dia nak beli tiket. Tipu je tu. Hati2 ye.


Dari stesen Principe Pio kami jalan kaki sikit naik tangga - jangan ikut aksi ini kalau tidak sihat..keke..letihhhhh (gambar atas) sebab kami nak piknik kejap. Adik ni buat pisang goreng dari pisang tanduk dan saya pula buat Tortilla Sepanyol (gambar di bawah). Bukan Tortilla Mexico ye..lain dari yang biasa kita bayangkan.


Kami makan sambil ditemani pekerja Medio Ambiente memotong rumput dan beberapa ekor anjing yang comel bersama tuan2 mereka. Anjing lalu lalang depan kitorang tapi dia tak pulak berhenti mintak makanan. Alhamdulillah. Kalau tak mesti kitorang cabut lari..hehe. Taman yang kami piknik ni bersebelahan dengan Templo de Debod.


Lepas gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati,Alhamdulillah, kami pun turun cari pintu masuk ke Parque Del Oeste Rose Garden. Turun tangga tak mengah.

Tiada bayaran untuk melawat Parque Del Oeste Rose Garden ni. Percuma. Cumanya kami dah terlepas waktu musim bunga ros mekar semekar2nya iaitu masa pesta bunga ros 19 Mei yang sudah. Apa yang tinggal adalah saki baki bunga. T_T



Seperti kebanyakan taman2 di Madrid, ada waktu untuk masuk dan untuk Parque Del Oeste Rose Garden adalah dari pukul 10 pagi hingga 9 malam dan kebanyakan taman ada pagar jadi jangan sampai terkunci dalam taman ye.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat laman ini: http://www.concursorosasmadrid.com/

Alamat Taman: Rose Garden of Parque del Oeste, Calle Rosaleda, 2, 28008 Madrid

Sampai sini saja. Hasta luego!