Musim luruh sedang semarak di Madrid. Di mana-mana kaki ini melangkah, penuh dengan keindahan semulajadi lambang kebesaran Allah. سبحان الله.


Sesi dua untuk Semester 1 bagi Program Intensif Bahasa Arab di Islamic Online University sudah bermula 24 November yang lalu. Saya sudah dapat rasakan kepanasan otak sedikit demi sedikit. Heheh..

Kalau sesi yang lepas masa, yang diberikan untuk satu kuiz adalah 15 minit untuk 5 soalan tetapi kali ini 20 minit untuk jumlah soalan yang sama. Ini kerana ilmu yang dipelajari mulai kompleks dan memerlukan tahap ketabahan yang tinggi. Semoga Allah berikan kekuatan pada saya untuk menamatkan kuliah ini. Amin.

Bulan November juga sudah di penghujungnya dan hanya tinggal satu bulan saja lagi sebelum masuk ke tahun 2017.

Apakah yang kita sudah capai untuk tahun 2016?

Dari segi ibadah khusus dan ibadah sunnah.

Dari segi penambahan ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.

Dari segi pemahaman Al Qur'an dan Hadith Rasulullah SAW.

Adakah lebih baik pada tahun ini? 

Atau..

Berapa banyakkah negara yang kita dah lawat tahun ni?

Berapa banyakkah beg berjenama yang kita sudah kumpul?

Berapa banyakkah Pandora yang kita dah berjaya buat koleksi?

Tidak salah mengumpul harta dan menikmati duniawi tetapi tidak lupa juga diseimbangkan dengan harta kita untuk akhirat nanti. Sebagai renungan. ^^


Mari kita bina azam tahun depan dengan tiga saranan dari Ustaz Nouman Khan, Insha Allah. Boleh lihat video di atas. 

Dalam bulan November ini saya sangat bersyukur kerana dapat bertemu kawan-kawan dari Malaysia yang datang bersendirian dan juga melalui agensi pelancongan dengan tema lawatan Andalusia.

Mahu atau tidak, apabila saya sudah tinggal di Sepanyol ni, sejarah Islam terutamanya kegemilangan Andalusia memang sangat dekat di hati. Kegemilangan Islam berakhir di Eropah di bumi Sepanyol dan banyak yang perlu kita pelajari dari kisah sejarah Andalusia.

Ketika bertemu dengan dua kumpulan pelawat dari Malaysia baru-baru ini, mereka mengatakan bahawa apa yang mereka ingin tahu adalah tentang sejarah Islam di Andalusia tetapi pemandu pelancong bangsa Sepanyol lebih banyak menerangkan tentang sejarah dari kacamata mereka. 

Ada rasa sedikit hampa di situ. 

Melawat ke Andalusia bukan hanya untuk menikmati pemandangan kejatuhan Islam di Andalusia, membeli belah dan makan-makan tetapi kita juga perlu mengambil iktibar dari sejarah Andalusia. 

Dari pencarian saya, saya bertemu dengan video tentang iktibar dari sejarah Andalusia oleh Dr. Tariq Al Suwaidan dalam bahasa Arab dengan sarikata bahasa Inggeris. 

Sarikata bahasa Inggerisnya mungkin ada sedikit kekurangan dan sedikit pelik (mungkin kerana tiada terjemahan yang tepat dan sesuai) tetapi kalau kita cuba memahami dengan penghayatan apa yang Dr. Tariq ingin sampaikan, insha Allah kita akan dapat pengisiannya.

Video-video ini boleh dilihat mengikut turutan di bawah:


Saya rasa video terakhir di atas ada sambungannya tetapi tidak disertakan di Youtube.

Menurut beliau, sejarah akan berulang. Apa yang pernah berlaku di Andalusia adalah apa yang kita alami sekarang. Jika kita tidak mengambil iktibar dari sejarah Andalusia kita akan mengulangi kesilapan yang sama. 

Istana Alhambra lambang kegemilangan Islam dan juga lambang kejatuhan Islam. 

Apabila pemimpin tidak amanah, tidak telus, menyalah gunakan kekayaan negara untuk kemewahan sendiri, membiarkan rakyat hidup melarat dan kepayahan, kerajaan tersebut goyah dan mudah hancur.

Apabila kita menyibukkan diri dengan urusan duniawi.

Kita lupa pada tanggungjawab yang telah Allah berikan kepada kita. Lupa bahawa kita tidak akan hidup lama di dunia fatamorgana ini dan lupa bahawa kita akan dibangkitkan untuk menjawab apakah yang telah kita lakukan dengan masa, harta, anak-anak kita dan segala nikmat dari Allah yang telah direzekikan olehNya kepada kita.

Dalam perjuangan mempelajari bahasa Arab, niat sangat penting sebab bila rasa 'down' dan ada bisikan2 yang buat malas nak belajar, cepat2 saya akan kembali kepada niat asal kenapa saya nak belajar bahasa Arab.

Niat saya, 

suatu hari nanti saya akan dapat solat dengan khusyuk kerana saya faham apa yang saya baca dalam solat (taklah sentiasa menerawang je atau separa sedar)

DAN

saya dapat baca Al-Quran tanpa terjemahan. Dapatlah saya lebih cepat menghafaz dan membetulkan tajweed.

Bi iznillah.

Saya sekarang sedang belajar Bahasa Arab Intensif di Islamic Online University. Kursus ini berbayar untuk dua tahun - 4 semester. Kos keseluruhan lebih kurang 550USD atau lebih kurang RM2,300.

Tetapi, saya mula belajar bahasa Arab secara serius adalah dengan LQToronto apabila saya secara tak sengaja terjumpa dengan video di Youtube pada hujung tahun 2014.

Segalanya percuma. Buku teks yang digunakan adalah Madinah Arabic - Buku 1, 2 dan 3 oleh Dr V. Abdur Rahim dan tenaga pengajar di Youtube adalah Encik Asif (warganegara Kanada yang berasal dari Pakistan..kenapa saya nyatakan disini adalah kerana saya rasa ianya penting :)).

Kedua2 kursus di atas adalah dalam medium Bahasa Inggeris.

Kemudian..ketika saya hampir tamat buku 2 Madinah Arabic, saya bercakap dalam hati, "Alangkah baiknya kalau ada pelajaran bahasa Arab di ajar oleh orang Melayu di internet. Mungkin akan lebih faham dari kaca mata seorang Melayu yang memahami bahasa Arab".

Carian saya diketemukan dengan Ustaz Rusdi pada awal 2016 dan kaedah beliau - KIBAR.

Kerana saya sedang mempelajari ketiga2 modul Bahasa Arab di atas, saya rasa ada baiknya saya ceritakan pengalaman saya belajar Bahasa Arab dengan modul2 tersebut.

LQToronto.



Bermaksud 'Institute of the Language of the Quran Toronto'. Mereka yang mengusahakan laman web ini kebanyakannya berada di Kanada. Oleh kerana tenaga pengajar tersebut ada membuat kursus intensif Bahasa Arab di Toronto, mereka telah merakamkannya dan diletakkan di Youtube untuk sesiapa sahaja yang ingin belajar menggunakan buku Madinah Arabic oleh Dr. V. Abdur Rahim.

Saya ada menyebut tentang tenaga pengajar LQ Toronto berasal dari Pakistan. Dalam video kursus, beliau ada mengemukakan formula2 yang diadun dalam bentuk irama2 ala2 lagu Hindustan. Sangat menyeronokkan..kelakar pun ada. Tapi yang paling penting dapat ingat dengan mudah! Masha Allah. Bila2 teringat je saya ulang2 irama tu dan lekat dalam otak.

Boleh saya simpulkan cara beliau mengajar sangat mudah untuk saya faham. Medium adalah dalam Bahasa Inggeris tetapi tidak 'complicated'.

Ketika beliau mengajar buku 1 Madinah Arabic, mula2 saya rasa masih mudah..tetapi bila hampir habis buku 2, saya dah merasakan 'kepanasan otak'. Heheh...Bahasa Arab seolah2 seperti belajar matematik. Banyak formula. Hafal formula insha Allah boleh selesaikan masalah yang diberi.

Saya mengambil masa dalam dua hingga tiga jam sehari untuk menghabiskan satu jam video. Ini termasuk membuat nota, melakukan latihan dan mengulangkaji. Tetapi adakalanya saya ambil sampai seminggu kerana ada bahagian yang perlu saya 'refer' di video2 sebelumnya untuk saya faham sefaham2 nya. **Aduhai bahasa Malaysiaku..T_T**

Mengenai buku Madinah Arabic pula. Hmm..saya rasa Dr V. Abdur Rahim ni sangat 'genius'! Masha Allah. Setiap unit tak haru biru. Sangat 'simple'. Bila masuk Unit 2 - bertambah sedikit dan seterusnya. Saya tak rasa lemas dengan sogokan maklumat. Rileks rileks saja.

Setiap unit dimulakan dengan dialog perbualan harian dan dari situ setiap perkataan diberikan makna dan setiap tatabahasa dalam ayat yang digunakan dalam dialog itu dihuraikan dengan baik.

Cuma, pada mulanya dialog tersebut ada juga baris (fathah, dhammah dan kasrah) untuk memudahkan bacaan, lama kelamaan semua baris sudah hilang dan kita kena hafal perkataan yang digunakan dalam dialog cara membacanya. 

Tetapi tidak menjadi masalah sangat sebab perkataan itu sentiasa diulang2 di dalam setiap unit. Insha Allah kita akan dapat ingat.

Apa yang saya dapat simpulkan dari pengalaman saya, gabungan tenaga pengajar LQToronto + buku Madinah Arabic = penguasaan tatabahasa bahasa Arab yang kukuh.

LQToronto mempunyai sumber bahan belajar yang banyak dan boleh dimuat turun disana. Semuanya percuma. Saya muat turun dan 'print' saja. Boleh muat turun disini: http://www.lqtoronto.com/downloads.html

Apa yang seorang pelajar melalui internet perlukan:



  • Niat yang kukuh


  • Masa


  • Disiplin


  • Motivasi


  • Kerja Keras


  • Doa

KIBAR



KIBAR bermaksud Kursus Intensif Bahasa Arab.

Buku KIBAR dihasilkan oleh Ustaz Rusdi berharga RM95 (tidak termasuk kos pos). Pada mulanya saya cuma pergi ke laman www.ustazrusdi.com dan di sana ada kelas bahasa Arab yang boleh dimuat turun secara percuma.

Ustaz Rusdi pernah menjadi salah seorang panel untuk slot Hayya Bil Arabiah di radio IKIM.

Apa yang saya suka tentang KIBAR adalah 'approach' yang diambil oleh Ustaz Rusdi untuk mengajar bahasa Arab dari sudut ibadat harian yang kita lakukan iaitu bacaan dalam solat dan wirid.

'Straight to the point' ..ini yang kita perlukan untuk lebih khusyuk dalam solat, kan?

Pelajar2 di dalam video beliau kebanyakannya adalah golongan seperti ibu2 dan bapa2 kita..40-an ke atas. Jadi Ustaz Rusdi mengajar tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Setiap unit video dimulakan dengan doa yang akan dipelajari untuk hari tersebut. Setiap perkataan dalam doa tersebut diterangkan maknanya, tatabahasanya dan formula untuk mengingatinya.

Saya tidak ada buku KIBAR pada mulanya sebab tinggal di Madrid tetapi saya rasa tidak menjadi masalah kalau tidak membeli buku tersebut, JIKA sekurang2 nya sudah habis belajar buku 1 dan 2 Madinah Arabic.

Oleh kerana saya sudah habis buku 1 dan 2 Madinah Arabic, maka saya tidak ada masalah untuk 'refer' kepada mana2 tatabahasa yang dinyatakan dalam video2 KIBAR asas doa dan wirid beliau. Boleh muat turun video2 tersebut di sini.

TETAPI ada kalanya saya rasa perlu untuk saya membeli buku beliau kerana saya suka sesuatu yang fizikal bila saya belajar bahasa. Boleh pegang dan lihat. 'old fashion'..hehe

Akhirnya, apabila ada sahabat ingin datang ke Madrid, saya pesan buku KIBAR untuk dibawa dari Malaysia. Alhamdulillah.

Kesimpulan dari pelajaran KIBAR, ada kalanya Ustaz Rusdi 'skip' sesuatu tatabahasa sebab kelas dalam video beliau adalah kelas asas, bukan kelas lanjutan. Tatabahasa yang lebih 'advance' tidak di ajar dalam kelas asas.

Tapi bagi mereka yang mempunyai tahap 'curiousity' yang tinggi untuk ambil tahu juga, maka kenalah ambil kelas lanjutan Ustaz Rusdi dan anda boleh daftar di sini (bagi penduduk Malaysia Barat).

Video untuk kelas lanjutan juga ada di laman beliau: www.ustazrusdi.com

IAP



IAP adalah 'Intensive Arabic Program' yang dianjurkan oleh universiti atas talian iaitu Islamic Online University atau lebih mudah disebut IOU. Pengasas IOU adalah Dr. Bilal Philips, seorang ilmuwan Islam yang sangat saya 'respek'. Masha Allah.

Kenapa saya masih ambil kursus IAP ini walaupun dah belajar bahasa Arab dengan LQToronto dan KIBAR yang percuma?

Pertama, kerana saya ingin belajar bahasa Arab dengan lebih tersusun, dengan guru yang berbeza, dapat saya ajukan kemusykilan bila ada dan lebih penting dari itu saya ingin menilai tahap kefahaman dan kecekapan bahasa Arab saya dengan mengambil peperiksaan di IOU.

Kedua, kos yang mampu-belajar untuk saya kerana saya tidak bekerja dan tidak menguasai bahasa Sepanyol dengan baik kalau nak ambil kelas bahasa Arab di sini. :)

Saya baru sahaja memulakan kursus IAP ini sejak September 2016. Setakat ini kami menggunakan buku yang ditulis oleh Dr. Bilal Philips yang bertajuk 'Arabic Grammar Made Easy'. Boleh dibeli di sini tetapi kalau belajar di IOU, buku tersebut boleh dimuat turun saja disana.

Dr. Bilal mengambil 'approach' yang berlainan sedikit dari buku Madinah Arabic. Setiap unit dimulakan dengan perkataan yang paling kerap digunakan oleh bangsa Arab. Unit kedua perkataan kedua paling kerap digunakan dan 'pattern' yang sama untuk unit2 seterusnya.

Perlu diingat IAP adalah kursus intensif dan banyak sudut yang tidak dapat tidak, pelajar perlu bekerja lebih keras untuk memahami sesetengah tatabahasa yang tidak diterangkan dengan lebih 'detail' oleh pengajar.

Oleh itu, IOU bukan saja ada tutorial yang boleh dimuat turun, tetapi dalam satu semester ada beberapa kali 'live-session' dilakukan oleh 'tutor' untuk pelajar bertanya perkara2 yang mereka tidak faham dengan lebih lanjut.

Kalau kita lihat kurikulum IAP, untuk semester pertama menggunakan buku 'Arabic Grammar Made Easy' dan semester kedua menggunakan buku 2 Madinah Arabic. Telahan saya, mungkin semester pertama ini boleh kita katakan merangkumi tatabahasa dalam buku 1 Madinah Arabic.

Ini kerana, kalau saya tidak belajar bahasa Arab dengan LQToronto terlebih dahulu, saya rasa saya tidak dapat menguasai tatabahasa yang diajar dengan 'stail' IAP untuk semester pertama ini dengan baik. Hmmm...ini mungkin saya saja.

Sebab otak saya processor 380, lambat sikit :). Jadi antara ketiga2 modul bahasa Arab di atas, saya lebih menyukai modul LQToronto.

Saya rasa bagi sesiapa yang boleh memahami bahasa Inggeris, lebih baik bermula dengan LQToronto dan jika berbahasa Melayu saja, gunakan KIBAR.

Tapi secara kesimpulannya, LQToronto, KIBAR dan IAP melengkapi satu sama lain. Saya tidak mengatakan LQToronto terlalu sempurna tapi ada ilmu2 dalam KIBAR dan IAP yang tidak dinyatakan oleh pengajar di LQToronto.

Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Banyak guru, lebih ilmu, lebih pemahaman.

Kembali kepada niat asal di atas - ulangan:

Niat saya, 

suatu hari nanti saya akan dapat solat dengan khusyuk kerana saya faham apa yang saya baca dalam solat (taklah sentiasa menerawang je atau separa sedar)

DAN

saya dapat baca Al-Quran tanpa terjemahan. Dapatlah saya lebih cepat menghafaz dan membetulkan tajweed.

Bi iznillah.

Semoga Allah menerima usaha saya untuk memperbaiki amal dan ibadah kepadaNya. Amin.
Ini sambungan dari post lepas - Jalan Jalan Madrid 2 hari – Bahagian 1.


Hari kedua kawan saya di Madrid, kami keluar dari rumah dalam pukul 10 pagi. Oleh kerana ada masalah membeli tiket tren melalui internet dengan menggunakan kad kreditnya, maka kami terpaksa membeli di kaunter di Stesen Atocha.

Pelik, kerana kawan saya dah suruh bank dia 'authorize' kan kad untuk penggunaan di luar negara. Mungkin dia lupa untuk suruh pegawai tu 'activate'kan untuk penggunaan pembelian internet agaknya. Kedua2 kad pulak tu. *aptb!*

Pastikan buat perkara di atas sebelum melancong keluar negara seminggu awal untuk elakkan kejadian yang tak diingini. Jangan buat 'last minute'. Nanti naya..hehe.

Lagi satu, saya tak suruh kawan saya tukar wang tunai banyak sangat. Lebih baik guna kredit kad untuk pembayaran hotel, kenderaan dan 'shopping'. Wang tunai hanya guna jika perlu kerana di sini banyak penyeluk saku. Saya dah nampak depan mata tiga kali dan saya sendiri sekali hampir nak kena seluk. 

Pastikan beg sentiasa di depan, ye?

Sebenarnya, dari Malaysia saya dah suruh kawan beli awal sebab di sini, kalau beli tiket bas, tren atau kapal terbang awal akan dapat harga yang lebih murah. 


Dua minggu sebelum datang harga tiket sehala Madrid-Cordoba, pukul 6.20 pagi hanya 45 euro tapi bila kami beli di kaunter sehari sebelum, harga tiket dah naik jadi 50 euro. Waktu awal pagi adalah yang paling murah. Gambar atas sebagai contoh untuk senarai harga. 

Ketika di kaunter, kami terpaksa menunggu hampir satu jam kerana terlalu ramai orang. Maklum, hari isnin. Mesin tiket di luar pun seperti ada masalah. Tiada siapa dapat membeli tiket dengan mesin. Puas kami cuba beberapa kali juga. Akhirnya, terpaksa juga ambil nombor dan beratur.

Alhamdulillah, saya dapat praktis lagi bahasa Sepanyol di sini. Ada seorang nenek minta saya bantu untuk beli tiket dan saya juga tolong kawan saya. Jangan takut untuk membuat kesilapan! Mereka pun faham, saya bukan 'native speaker'. Pastilah ada tatabahasa yang kelam kelibut..haha.

Oh ye..kalau lihat senarai tren Renfe dalam gambar, ada macam2 jenis. AVE city, AVE, ALVIA, ALTARIA...lalala..tak larat nak terangkan, boleh baca sini (bahasa Inggeris). Sila khatamkan. :)

Pendapat saya, ada sikit2 je beza masa perjalanan. Mereka yang nak berjimat ambil yang murah saja, kan? Siapa pernah ambil 'bullet train' di Jepun atau Korea, sama saja perasaan naik tren ni..hehe.

Selepas berjaya membeli tiket, kami bergerak ke lokasi seterusnya. Muzium Prado. 

Objektif utama hari ini cuma nak melawat Stadium Santiago Bernabeu. Peminat Real Madrid wajib pergi seperti kawan saya. Tempat2 lain kami cuma lalu setakat untuk ambil gambar sebagai kenangan. Kawan saya pun tak berapa suka muzium.


Kami jalan kaki dari Stesen Atocha ke Muzium Prado dalam sepuluh minit je.  Nak dekat satu kilometer jugak tu..:O..hehe..tapi tak perasan sebab banyak bangunan cantik2 dan kami berhenti ambil gambar.


Lihat la..ramai sangat orang beratur beli tiket nak masuk Muzium Prado. Setiap kali saya lalu depan muzium ni, memang ramai orang, tak kira musim apa.  15 euro seorang. Tahun lepas cuma 14 euro. Hmmmm....Lebih baik beli lalu internet dan jimat masa.

Kalau nak jimat masa dan duit, ada masa FREE untuk masuk Muzium Prado, iaitu dari pukul 6 petang hingga 8 malam, boleh tengok sini untuk pastikan masa2 yang FREE ni dan bila muzium ni tutup.

Tiba2 rasa rindu pula muzium2 dan galeri di London. Banyak FREE...:) Saya suka. 


Kemudian, kami daki bukit sikit macam dalam gambar atas ada gereja besar tu menuju ke Taman Retiro. Sebenarnya bukan dalam pelan tapi nak ambil gambar musim luruh kena la pergi juga. Taman ni sangat2 besar. Saya suka taman ni lebih dari Taman Hyde di London. Retiro sangat cantik!

Kami rehat sebentar di sini sambil makan buah Nectarine yang kami beli pagi tadi. Carian di Google keluar 'Peach' bila cari Nectarine tapi kulit luar Peach macam baldu dan Nectarine licin..rasa dia ada sikit beza kalau siapa2 peminat Nectarine seperti saya. Baca sini untuk lihat perbezaan mereka.

Kemudian kami berjalan ke Alcala - satu pagar besar. Takde gambar pulak. Lepas tu ke Plaza Cibeles tempat di mana Real Madrid meraikan kemenangan mereka selepas selesai musim La Liga bersama2 peminat. (Gambar di akhir post).


Dari Retiro ke Alcala ke Plaza Cibeles...jauh juga. Macik fenatttt!! Hehe...Kali ni kami pergi cuba churros di San Gines pula. Gambar di post lepas. 

Saya lebih suka coklat di Valor tapi churros saya suka di San Gines. Coklat Valor lebih pekat coklat sejati..hahah..tapi San Gines..macam milo pekat. Churros di San Gines seperti Churros yang kita bayangkang...tapi di Valor macam cakoi..haha..di panggil 'porras'.

Di San Gines ada juga 'porras' ni tapi kena minta la kalau nak versi ni. Churros di Spain ni jangan fikir yang tabur gula dan cinnamon tu ye. Kalau nak macam tu buat sendiri. Saya serius ni. 

Dalam bulan Februari masa kawan Korea saya datang, dia makan churros di San Gines, dia bayangkan churros macam yang di Korea. Dia suruh saya tanyakan pelayan di situ tapi mereka kata tak ada. Akhirnya mereka bagi satu peket kecik gula dan cinnamon dalam botol, kawan saya tabur sendiri. Hahahah...

Harga di San Gines - 1 cawan coklat, 6 batang churros - 4 euro

Harga di Valor - 1 cawan coklat, 4 batang churros - 4.70 euro

Ahhh...70 sen tu mungkin kerana coklat Valor lebih ummph..hehe.


Kami jumpa sepasang pengantin mengambil gambar di lorong San Gines. Romantis!! Rosalinda mi amor gitu..:)


Alhamdulillah, lepas tu kami ambil tren ke Nuevos Ministerios dan jalan kaki sikit ke Stadium Santiago Bernabeu. Masa ni dah pukul 3 petang. 

Walaupun saya bukan peminat bola, saya rasa Stadium Santiago Bernabeu ni dari luar cantik. Dari dalam...hmmm..saya rasa sama je mana2 stadium. Oopps..jangan marah macik ye peminat Real Madrid. 



Ok..maka kami pun belilah tiket nak masuk tour stadium. Seorang 20 euro. Nak masuk tu kena lalu security macam kat airport. Kena bukak tali pinggang and kena scan bag. 

Masa ni macik dah sakit lutut..haha. Akibat main snowboarding banyak sangat di Korea dulu. Nasib badan...banyak jatuh dari main sebenarnya haha..tapi boleh la intermediate slope..nak jugak tu!  :)

Jadi, kawan saya je la yang teruja nak ambik gambar. Saya banyak lalu saja..haha. Bayar 20 euro dah kenapa? Hahah..takpelah, kalau tak masuk tak tahu apa ada dalam kan? 

Tour ni saya rasa berbaloi untuk peminat Real Madrid tapi macam saya, saya rasa biasa2 saja. 

Kami jalan dalam stadium lebih kurang satu jam juga. Besar dan banyak tingkat. 

Kemudian kami bergerak ke Madrid Islamic Center yang kami panggil Masjid M30 sebab dia bersebelahan dengan M30 Expressway. 


Dalam 20 minit naik metro dan jalan kaki sedikit. Ada dua masjid yang besar di Madrid. Satu lagi di Estrecho tapi fasiliti di sana tak berapa bagus sangat berbanding yang M3o. Maka saya pilih M30 untuk kawan saya lawati.


Tempat terakhir kami adalah Hard Rock Cafe, Madrid. Berdekatan dengan stesen Metro Colon. Niat kawan nak beli jaket Hard Rock Cafe, Madrid tetapi saya kata saya dah lihat senarai barang2 yang dijual di laman Hard Rock tiada jaket tapi kawan saya nak pergi juga, pergi saja lah. Bila sampai sana memang tiada maka hanya beli magnet dan lanyard pin. 

Hmm..kenapa orang Malaysia suka pergi Hard Rock Cafe? 

Gambar di atas, kiri - Hard Rock Cafe, Madrid

Gambar di atas kanan, bawah kanan - Perpustakaan Negara

Gambar di bawah, kiri - Plaza Cibeles dan City Hall, Madrid

Dengan ini berakhirlah Jalan-jalan 2 hari di Madrid. Kami tiba di rumah dalam pukul 9 malam dan kami 'flat'..hehhe. Adios. 


Esok paginya pukul 5.30 pagi kami keluar untuk ambil tren paling awal dari rumah saya ke stesen Atocha. Kawan saya menuju ke Cordoba pula. Anyeong chingu! 

Alhamdulillah.
Alhamdulillah, baru2 ni ada seorang kawan baik dari Malaysia datang ke Madrid sendirian. Saya ambil kesempatan untuk memesan barang2 keperluan macam ikan bilis, cili kering, maggi...ahaha..kadang2 ada rasa rindu nak makan maggi jugak.


Atas jasa baik kawan ni dapatlah saya makan mi maggi Tomyam-BIG..Alhamdulillah. Jazahallahu khair. Ada dua bag di atas tu; satu yang hitam tu barang2 saya..banyak! Hehe 1o kilo je..Kami jemput kawan di Lapangan Terbang Barajas Terminal 1 dengan tren. Gambar atas adalah stesen metro bawah tanah. Tiket tren dari Barajas ke Nuevos Ministerios sebanyak 4,50 euro dan ke rumah saya tambah lagi 1,70 euro.

Cuma dua hari sahaja dia di Madrid, saya suruh kawan tinggal di rumah saya walaupun rumah saya kecil saja. Kalau ada sesiapa nak singgah rumah saya di Madrid, ada satu bilik single kosong. Maksimum dua orang la..tapi sorang kena tidur atas lantai.

Jemput datang...tapi...kena cukai bawakan barang dari Malaysia untuk saya. Kekeke....Boleh kan?

Saya tak dapat nak guide lagi sebab sakit lutut..dah tua, hehe. Korang boleh explore Madrid sendiri, senang je. Trust me! ^^

Bulan Oktober jadi pilihan sebab tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. Pakai baju macam di Malaysia tapi tak panas dan berpeluh. Tapi Oktober kadang2 kerap hujan di Madrid dan musim luruh masih belum betul2 'peak' jadi masih banyak pokok2 yang hijau.

Musim luruh pada awal Oktober di Madrid tak berapa ketara sebab cuaca Mediterranean, kering dan panas melampau ketika musim panas. Banyak pokok2 kering dulu sebelum sempat bertukar warna..ada yang separa kering dan separa tukar warna.


Hmmm..apa yang menarik Madrid ni?



Bagi saya ada dua sebab je untuk lawat Madrid ni:
Pertama..Peminat bola Real Madrid Club - ada Stadium Santiago Bernabeu di sini
Kedua..sebab saya ada di Madrid..hehe..

Kat sini saya nak tulis tentang tempat2 yang kawan saya sempat lawat selama satu hari setengah di Madrid.

Kawan saya sampai di Lapangan Terbang Barajas Terminal 1 pukul 8.50 pagi pada 9 Oktober. Bila sampai rumah saya dah pukul 11 pagi. Sarapan dan keluar rumah pukul 12.30 tengahari.


Kami beli tiket Cercanias Renfe Bonotren -10 trip dengan harga 10 euro. Tiket Bonotren ni boleh dikongsi berdua tapi saya malas nak berbagi dua jadi sorang beli satu tiket sendiri.

Lagi satu, tiket ni cuma boleh di guna untuk tren Cercanias dalam kawasan trek A1. Kalau nak naik Metro kena beli tiket metro. Sebab rumah saya dekat dengan trek Cercanias jadi beli tiket Bonotren lagi jimat. Trek A1 ni cuma 'cover' kawasan bandar Madrid - 'central Madrid'.

Contohnya:

Dari rumah saya ke Atocha cuma satu station - 1.70 euro.

Kalau dengan tiket Bonotren cuma 1 euro.

Tapi kalau korang tinggal di 'central Madrid' lebih baik beli 10-trip tiket Metro dalam 13 euro untuk 2 hari. Kalau  satu hari je, kongsi lah tiket tu berdua. 


Ok..dah lepas beli tiket, kami pilih terus ke Sol, dua station dari rumah saya. Cercanias ni macam KTM tapi lagi bagus servis dia dari pemerhatian saya. Cuma kadang2 ada demonstrasi - huelga yang mana pekerja2 Cercanias mogok dan kekerapan tren pada hari tersebut jadi kurang. Tapi mogok dia aman..sebenarnya saya tak pernah pun nampak diorang mogok, tau2 je ada tampal kat dinding station notis kata hari tu huelga.

Bila dah sampai stesen Sol, dekat sini ada TIC (Tourism Information Center) Kiosk. Boleh la ambil pelan Madrid. Kecik je 'central Madrid' ni. Satu hari kalau jalan dah boleh khatam kalau tak masuk mana2 muzium atau galeri la. Setakat untuk ambik gambar boleh kawtim satu hari.

Sape2 yang tour Eropah dengan kereta, saya rasa lalu saja lah Madrid ni, ambik gambar depan Stadium Santiago Bernabeu satu keping atau dua, atau kalau nak masuk kena bayar 20 euro untuk 'tour Bernabeu'. Lepas tu boleh terus pegi kawasan Andalusia di selatan - Cordoba, Granada, Seville atau bandar besar macam Barcelona di utara.

Punya lah tak nak promosi Madrid. Kekeke..

Untuk 'post' Sol boleh baca sini..tapi dalam Bahasa Inggeris. Saya menulis ikut mood. Rasa hari ni nak tulis dalam Bahasa Malaysia pulak. Sori ye..

Inilah namanye sindrom dah lama tak cakap Bahasa Malaysia..keke..boleh cakap dengan pokok2 dalam pasu je bila kat rumah.

Kami ambil gambar di Sol dengan beruang dan pokok stroberi. Inilah 'hotspot' di Sol, kemudian  di Plaza Sol dalam 5 minit ambik gambar terus pegi Plaza Mayor. Tak lepas peluang juga ambik gambar mamat Sepanyol dengan tanda '0 Kilometer'.

Untuk post Plaza Mayor boleh baca sini.


Di Plaza Mayor kami ambil gambar sekejap dan singgah ambil pelan madrid di Tourist Information Center yang besar di situ.

Lepas tu terus singgah ke pasar yang 'posh' nama dia San Miguel Mercado. Malangnya masa masuk situ tengah sesak sebab masa makan tengahari.


Dekat sini, sape2 yang nak cuba makan tapas atau paella ada kedai yang memang masak seafood saja. Seperti kedai ni tapi tiada status halal.

Saya tak menggalakkan syubhah tapi Allah bagi kita akal untuk fikir dan ilmu untuk di cari. Fikir2 kan lah...^^ Bila ragu2 lebih baik ditinggalkan.

Ini saja yang saya boleh jawab bila orang tanya..ini halal ke tak?


Lepas tu kami merayau2 di jalan besar menuju ke Royal Palace. Di jalan ni kami berjumpa dengan saudara dari Malaysia. Mereka pekerja Petronas dan ada dua minggu seminar di Burgos. Kat sini juga kami cari cenderamata.

Kawan saya beli sweater - Madrid has no Rules - 15 euro dan dua baju kanak2, sehelai 5 euro.


Lepas tu kami singgah di Royal Palace, ambil gambaq sat..dan kemudian duduk di taman berhadapan dengan teater. Kat sini kami makan buah Nektarin. Kami beli di kedai buah dekat rumah saya. 1 kilo cuma 1 euro tapi sebab buah ni buah musim panas bila dah masuk musim luruh ni kualiti dia tak lah berapa baik.


Kami berdua tengah diet..haha..jadi kami cuma makan buah saja. Saya beli 4 biji dalam 84 sen euro..beli air mineral 1.5 liter dalam 60 sen euro dan kawan saya buat air detox dia - 2 biji lemon, 2 sudu kecil madu dan air panas 500 ml. Itu saja bekalan kami. Survival sangat!!


Tapi kami 'break the rules' kami pergi Valor lepas tu untuk makan churros dan coklat. Kami kongsi dua orang 1 cawan coklat dan 4 batang churros untuk 4.70 euro (sebelah kiri gambar atas). Kami minta air kosong dua gelas, percuma je sebab air paip (agua del grifo). Gambar di bawah churros di San Gines yang kami pergi hari esoknya. Kebanyakan kafe di Sepanyol ada jual churros.

Air paip di Madrid boleh di minum. Insha Allah bersih.

Lepas makan churros, kawan saya dah mula rasa jet-lag. Perjalanan dari Kuala Lumpur campur transit di Jeddah sampai Madrid dalam 20 jam. Awal2 masa ke Sol, masih bertenaga..lama2 bateri makin kurang cas..hihi. Biasa la tu..Kami baru jalan2 dalam 4 jam macam tu.

Disebabkan kawan saya cuma bawa dua pasang pakaian, saya suruh dia shopping...sebab bila shopping badan tak rasa penat. Betul kan? Terapi membeli-belah. Hehe..berjam2 pun tak rasa penat. Psaiko..

Kami masuk Bershka dan Zara tapi kawan saya lebih suka baju yang dia nampak di Bershka. Kemudian kami pergi cari jersey Real Madrid Club sebab esok kami akan masuk Stadium Santiago Bernabeu. Jadi kawan saya nak masuk dengan aura Real Madrid..gitu..hehe.

Malangnya saya tak minat bola, jadi takde perasaan..hehe. Masuk ke, tak masuk ke stadium tu sama saja. Kalau jumpa Ronaldo depan2 lain lah cerita..borak2 minum cafe con leche dengan dia ke. Tunggu seru dengan Ronaldo kot baru minat bola ni..haha.

Di Madrid ni ada empat kelab bola sepak, bila suami saya kata Madrid lawan hari ni. Maksudnya Real Madrid lah tu. Tiga lagi kelab Atletico Madrid dipanggil Atleti, Rayo Vallecano  dan Getafe.

Saya suka Atleti. Kata tak tengok bola..haha...sokong underdog je.

Dalam tak minat tu tau jugak..haha..mana tak nye tak tahu, Sepanyol ni rasanya kalau tengok dari mata kasar..ekonomi dia boleh kata bolasepak. La Liga. Hari2 kena layan tengok bola ni bila ada seorang peminat tegar bola yang bernama lelaki di rumah. Layan siri komentar bola Sepanyol sebijik macam tengok telenovela..haha..banyak saspen dan ulang tayang fakta yang sama seminggu tak habis.

Ok..balik cerita beli jersey Real Madrid. Kawan saya akhirnya beli training jacket dan topi warna ungu dalam 11o euro macam tu. Masa bayar saya suruh dia minta Tax Free..untuk pengetahuan kalau beli barang lebih dari 90 euro dan kedai tu ada tanda Tax Free, boleh minta dia printkan receipt dan kita kena isi nama, alamat dan tandatangan.

Tak Free ni...ooopss...Tax Free ni boleh claim dekat lapangan terbang negara Eropah yang terakhir kita pergi sebelum balik ke Malaysia.

Kawan saya beli 110 euro dapat claim 16 euro..banyak jugak tu. Tu baru satu kali shopping.

Lepas tu memang dah tak larat tahap gaban..jadi kami pun balik. Baru pukul 6 petang waktu tu. Balik2 tengok makanan dah sudah siap dimasak oleh chef di rumah iaitu Tajine Ayam - masakan Morocco. Alhamdulillah.

Sekian saja untuk hari ini. Bahagian 2 insha Allah menyusul kemudian.
October is here and it means autumn!! The weather has been very pleasant in Madrid. Have been walking around the house for my daily morning-walk of 45 minutes and the temperature is normally around 15 to 18 degrees celcius at 10 in the morning. Some of the trees have changed colors too.


Well..this is the final part our Toledo Trip posts. We went to Toledo in July and now it is October already. How time flies...*sigh* and continuing from Toledo Trip Part 5.


After our lunch at Cristo de la Luz Restaurant, we walked up the hill from the restaurant and saw some restaurants with high reviews from Trip Advisor. After following the crowds, we came to Plaza Zocodover; where the bus number 5 dropped us off at in the morning.

In the above picture, on the right side with the white terraza is where McDonalds is.


We walked straight up and on the right side of the above picture is Santo Tomé; famous bakery for Mazapan.


After checking out the beautiful laid out mazapan from the glass window, we decided to sit down at the pavement rest our tired feet and do people watching. Saw so many youngsters at the plaza perhaps spending their school vacation with their friends.


While sitting at the pavement, the City Sightseeing Toledo bus passed us by. It costs 15 euro per adult and you may check the route here.


It was pretty hot now at half past three in the afternoon. We decided it was time to find a place for prayer. Although we found the Cristo de La Luz Mosque but it is now a museum and can no longer be used to perform prayer inside. How sad..but the earth is His and we can worship Allah everywhere. Not to worry...^^

From Plaza Zocodover, we headed down the hill and found Plaza Miradero. We can see a part of the breathtaking view of Toledo from here.


Right next to Plaza Miradero, there is a stretch of long escalators down the hill and the first iconic spot we saw is this building. Then we went down the escalators and we found the parking lot under the building.


From the parking lot, we ventured out to a main road with pretty sidewalks as the above picture and our main aim was the Alcantara Gate.


'This is one of the most important parts of the military area, in the East wall.

It is of Arabic origin, as is shown by its doubled structure, although it was rebuilt in Christian times. The opening is of a horseshoe arch and is flanked by two square towers with lateral arrow slits. Its structure has been preserved until now because of being walled up from the XVI Century until 1911.

The space between the door and the bridge forms a closed square with two other side doors'. - from Toledo Turismo


The river is called Rio Tajo. I wish that the river can be as clean as those in Japan.


The view of Alcázar of Toledo from Rio Tajo.


Finally we found a nice spot to pray Zuhr and Asr! We did tayammum and taking turns to perform the prayer.


This signboard is just next to our praying spot and after this we actually walked back to Toledo train station for about fifteen minutes.

Remember the cute kid we met in Cristo de la luz Mosque? He sat right next to us in the returning train to Madrid. What a small world! I spelled him my name at the mosque but in the train, he called me 'Maria'! Well...I don't mind. ^^


Final view of Toledo. IMO, Toledo is a nice 5~6 hours getaway from Madrid. Till then~~
I have been busy with study (taking Diploma in Islamic Studies) and on top of that I recently enrolled for Intensive Arabic 2-years Program on September. Both are offered by Islamic Online University.

The Diploma is totally FREE, you do not need to pay anything (donation is encouraged). The Intensive Arabic Program has unbelievably very minimal fees though.

It is highly recommended for all Muslims to take the Diploma for I think the last time I seriously studied Islam was during my childhood years 30 years ago; where I learned them because I HAD to because of my parents. Now..I learned because I want to strengthen my foundation and understanding of Islam.

Islamic Online University also offers FREE courses for NEW Muslims. Check them out here.

Well.. lets go back to the series of Toledo's posts that have taken the back seat while I worked hard at my study. Continuing from the previous post of Toledo Trip Part 5..


We had our lunch at Cristo de La Luz Restaurant at about one in the afternoon and the restaurant was just right across the Cristo de la Luz Mosque. I took the picture of the restaurant (above) when I was standing in front of the mosque's door. Walking distance is less than a minute! ^^

We visited Toledo during the weekend and initially thought that there is no  menú del día option. We love  menú del día for the price and for the quantity plus some restaurants also do not disappoint in quality.

Menú del día is an affordable 3-course meal (normally) which comes with free drink. Check the buzz  of menu del dia here as explained by MadridChow.

Hence, I checked the TripAdvisor before going to Toledo and came across Cristo de La Luz Restaurant. Many gave good reviews and especially on the service and attention of the owner. Yes, it did not disappoint us!


The owner serving another guests right behind us. He is simply amazing! Very friendly, helpful (he helped us to set the table so that we could sit under the shade instead of the blazing sun) and fast service which we love.

The moment we arrived at the restaurant, the owner came to me and asked,

"You must be Malaysian, right?"

OMG! He told me that there were so many Malaysian and Indonesian came to eat at his restaurant enough for him to distinguish us. Yeay! Well, that made my day. ^__^


I totally forgot to check out the interior since we love to enjoy our lunch outside under the date tree. What a relaxing vista!


The sisha and a pretty tiny table. A man with his gorgeous dog just left the table. The dog was super calm! I was not afraid of him at all. Heheh..


I guess by November they should be ripe and ready to eat. Wish I could see these ripened.


I don't want to exaggerate but these Falafel just blown me away. They were just perfect! I have tried so many falafel before but this one just packed with taste and not overpowering.

The inside is not dry at all. They were soft and the outside is crunchy. Enough to make me Googled the recipe right after we reached home, made the falafel from scratch but mine could not even come close.


This baked tomato and eggplant was definitely my most favorite one among the food served during our lunch. It wasn't enough! I could eat three or four plates of this. It was really delicious!

Both the falafel and baked tomato and eggplant were the first course.

Our second course were:


I chose lamb tagine. I thought it was delicious...well, because I love my tagine soupy but my husband, coming from North of Morocco himself and living with a mother who is the well-known cook of the village was totally irked by the presentation of the tagine.

Honestly, my husband made better tagine. Well, I really could not vouch for this tagine at all. Hehehe..But I thought that taste wise, it was good especially with the lamb falling off the bone when I ate them. Heaven!

The other plate is chicken couscous but I forgot to snap the picture. Hmm..the couscous was a bit dry. I knew because every Friday some Moroccan women will cook chicken couscous with raisin and loads of caramelized onion at the mosque near our neighborhood. Their couscous is simply out of this world! Masha Allah.

If you want to learn making Moroccan food, try this Youtube Channel by FatemahIsOkay. I found her recipes very easy to follow.


Me in front of Cristo de la Luz Restaurant. Our meal for two is 20 euros.

Check out this Spanish blog for the review of the restaurant too.

With this, only one post of Toledo is left for me to publish. Until next time..Hasta luego! Insha Allah.

Happy Independence Day Malaysia!!

It is the 59th year now that Malaysia is independent from colonization.

May Allah bless Malaysia with peace and prosperity for years to come. Aamin.

Picture: Google Doodle
Continuing from the previous post of Toledo Trip Part 4.

It was finally the time to visit Cristo de la Luz Mosque in Toledo. We walked our way up from Bisagra Gate to Puerta del Sol.


Along the way to Puerta del Sol (picture above), I met a Muslim family from the UK walking up the hill too. My instinct told me that they could be on their way to visit Cristo de La Luz Mosque.

As we passed the family, I said salam (Peace) to the wife and she replied. It felt nice to meet another Muslimah wearing hijab in Toledo. Other than her, I had not seen any other lady wearing hijab during our visit.

Why do I care about that? It is because I feel that hijab is an identity for a Muslim lady. It helps us to recognize each other and I felt that global ukhuwah although she was a total stranger. Sisters in Islam. Masha Allah.

Picture from The Guardian.

FYI, sometimes I came across some older ladies wearing something similar to hijab in Madrid (as picture above) but DH husband told me that previously Spanish ladies covered their heads during the Franco regime.

Back to our main topic - Mosque in Toledo.

The entrance to the Museum of Cristo de la Luz Mosque is by walking to your right after the HOTEL signboard as in the first picture above. Yes, we can no longer pray inside the mosque. It is now made into a museum. T_T


You will see another small gate (picture above) after taking a few steps of staircase. Then walk straight up and you will see the mosque on your left.


A plaque on the small gate stating it is Puerta del Sol.


The Mosque of Cristo de la Luz is a former mosque in Toledo, Spain, the only one of the ten once existing in the city which remains largely as it was in the Moorish period. It was then known as Mezquita Bab-al-Mardum, deriving its name from the city gate Bab al-Mardum. It is located near the Puerta del Sol, in an area of the city once called Medina where wealthy Muslims used to live. - from Wikipedia.

You may enter the mosque after paying the admission of 2.50 euro per person from the entrance on the left (as picture above).

We met the Muslim UK family again here and they were trying to buy some water from the vending machine without success and the lady in the museum could not understand their English (maybe of their thick British accent?) OR the lady could not speak English. Either one. Hence DH helped them to translate.

Aigoo...I hope that Spanish government could put those who could speak English at Tourist spots like this. What a pity.

Something similar happened to my friend at Barajas airport early this year when she was claiming her shopping duty free tax. Both officers on the counter could not speak English!! OMG!! 

My friend just burst off right there. I just laughed because I could not help her, my Spanish is so broken and we could do nothing other than wait for DH to finish praying and helped us translate.

Okay..photo bomb of the Cristo de la Luz Mosque starts now. ^^


The door of the mosque for entrance.


A small park outside the mosque where you can rest and take some pictures of the mosque and Puerta del Sol.


Some information of Cristo de la Luz Mosque in English and Spanish.


The ceiling.


Another ceiling.


A Spanish guide explaining some information about the mosque to a group of tourist in Spanish.


One of the pillars design.


This cute little boy was the cream on top of our Toledo trip. He just oozes with cuteness and such a well-mannered kid! Plus he was mesmerized by my beauty...hahah. Just kidding! 

But he definitely could not take his eyes off of me. I guess again...because of my hijab. I looked different from the rest of the ladies there of course, all covered. His first question to me was...(there were others later during the end of our journey ^^) :

¿Cómo te llamas? - What is your name?
He spoked oh so quietly to me so I couldn't catch him the first time as the crowds of tourists entering the mosque. 

I asked DH - what did he say?. DH said - tu nombre (your name).
Ahh...me llamo Zarina.

zeta, a, ere, i, ene, a..spelled it for him and he just smiled sheepishly at me.

We stopped our conversation there as his mother called him to check out the park outside.


Pictures in the mosque..kinda like Sufi mysticism or not. I'm not sure.


Not sure of this. Sewage under the mosque?


The Qibla (Arabic: قبلة‎‎‎, "direction") is the direction that should be faced when a Muslim prays.


The end. ^^

By this time, it was close to two in the afternoon and our stomachs were on 'huelga'. Next post will be our review on Cristo de la Luz Restaurant.

Bi iznillah.