Semalam suami telefon dalam pukul 3 petang waktu Madrid, seorang sahabatnya meninggal dunia. Inna lillah. Jadi dia akan pergi ke Masjid M30 dan solat jenazah di sana. 

Bila ditanya lebih kurang pukul berapa akan kembali ke rumah? Dia kata mungkin lewat dan memang tepat seperti jangkaan, Masha Allah..dalam pukul 9 malam baru dia sampai rumah. 


Ketika sampai di rumah dia letak dua ketul roti di atas meja tapi saya fikir mungkin roti dia bawa dari tempat kerja. Jadi saya taklah tanya lebih-lebih sebab dia keletihan. 

Lepas mandi dan solat, dia pinta dihidangkan Laban-boleh baca lebih lanjut disini untuk makan dengan roti yang dibawa tadi.

Kemudian dia kata, roti ini roti yang dihidangkan bila ada kematian dalam komuniti Maghribi di Madrid. Wallahualam kalau roti ini mewakili seluruh budaya Maghribi tapi saya jangka di daerah lain di Maghribi, mungkin makanan yang dihidangkan ketika hari kematian adalah berbeza.


Roti ini didalamnya ada sebiji tamar/kurma tanpa yang sudah dibuang bijinya dan sebiji buah tin kering. Rasanya manis-manis buah bila dimakan dan rotinya rasa masin sedikit. 


Ini gambar ketika pengkebumian jenazah. Di Madrid hanya ada dua kawasan pengkebumian atau tanah perkuburan untuk orang Islam. Tanah perkuburan Muslim yang pertama di Madrid adalah di Griñón (gambar di bawah) dan satu lagi tanah perkuburan Muslim paling baru di Madrid adalah di Carabanchel Alto.



Sebelum tahun 2014, jenazah boleh dikuburkan tanpa keranda dan mengambil kos lebih kurang antara 50 Euro ke 100 Euro tetapi selepas tahun 2014, urusan sewa tanah, pengurusan dan pengebumian jenazah diambil alih oleh dewan perbandaran. Kos juga meningkat kepada 1,960 Euro (harga tahun 2016) untuk 10 tahun sewa dan 1,500 Euro (harga tahun 2016) untuk urusan pengebumian.

Boleh baca lebih lanjut di artikel oleh El Pais disini dan disini.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum. Amin.
Hari ini giliran cik susu pula untuk dinukilkan dalam siri Bahasa Sepanyol 1H1P .


Video: El Pais 
Leche = susu

Cara sebut:
Le = le(t )
Che = che

Bila sebut laju-laju kita akan dengar seakan-akan ada huruf 't' selepas suku kata 'le' . Ini dipanggil tekanan kepada suku kata yang dominan.

Susu sangat penting di sini sebab minuman paling feveret masyarakat Sepanyol untuk sarapan ialah cafe con leche (kopi susu) .Kami buat kopi sendiri (espresso ) dan dicampur susu yang di panaskan di rumah.


Di sini ada banyak pilihan susu dan yang paling biasa kami guna adalah susu UHT leche entera = full cream milk.  


Selain leche entera, ada leche semidesnatada = semi-skimmed milk dan leche desnatada = skimmed milk.

Secara peribadi saya suka Leche entera kerana bila buat cafe con leche dengan susu selain dari leche entera , rasa macam air saja. Hehehe..

Lebih baik bila buat cafe con leche dengan susu segar.  Rasanya adalah terbaik! 

Harga susu UHT di sini bergantung pada jenama dan jenis susu . Biasanya antara 60 sen ke 1.20 sen (euro ) atau lebih untuk pek satu liter.

Peribahasa

Masyarakat Hispanic terutamanya di negara Sepanyol / Spain banyak menggunakan perkataan leche dalam kehidupan mereka (peribahasa?. Antara contoh yang biasa saya dengar:

Ser la leche 

Contoh ayat: Eres la leche = Kau yang terbaik! / Kau yang paling teruk! (Bergantung kepada maksud penutur).

Mala leche 

Contoh ayat: ¡No puedo creer mi mala leche! = Aku tak boleh percaya akan nasib burukku!

Banyak lagi peribahasa lain yang menggunakan perkataan leche dalam bahasa Sepanyol. Boleh rujuk artikel ini: El Pais - Leche.

Survival Phrases

Mari kita bayangkan kita pergi ke satu kafe di Sepanyol dan kita akan pesan cafe con leche.

Oh ya, saya selalu konpius bila di sini cafe = kopi manakala cafeteria = kafe dan cafetera = bekas membuat espresso seperti dalam video making espresso at home di atas. Bila suami sebut cafe, saya ingat dia maksudkan kafe (kedai kopi) sebab saya berfikir dalam bahasa Inggeris manakala dia berfikir dalam bahasa Sepanyol. Inilah adaptasi yang kami perlu lalui. :)

Semakin jauh dari pusat bandar, kafe/kedai kopi yang kita pergi semakin kecil dan lebih 'local' . Jangan terperanjat kalau mereka menjawab dalam bahasa Sepanyol bila kita bertanya dalam bahasa Inggeris. Ini adalah normal.

Kalau di bandar-bandar besar di kafe-kafe yang terkenal kebanyakan pekerja mereka mungkin orang-orang muda dan mereka mungkin boleh berbahasa Inggeris.

Ayat-ayat cinta ..Oops.. :) survival di bawah ini sebaiknya digunakan sebagai panduan.

Kita:
Hola,  buenos dias/tardes/noches (Hai, Selamat pagi/tengah hari/malam)
Yo quiero un cafe con leche por favor (Saya nak pesan satu kopi susu)

Pelayan:
En taza or vaso? (Dalam cawan atau gelas?)

Kita:
En vaso . Descafeinado por favor. (Dalam gelas. Tanpa kafein ya)

Pelayan:
Cómo quieres la leche? Caliente o templado. (Kamu nak susu macam mana? Panas atau suam?)

Kita:
Caliente. (Panas)

Pelayan:
Vale. Aqui tienes tu cafe. (Ok. Ini kopi kamu)

Kita:
Cuánto vale? (Berapa harganya?)

Pelayan:
1 euro 20 centimos ( 1 euro 20 sen)

Kita:
Dame un sobre de azucar moreno. (Beri saya satu paket gula perang)

Pelayan:
Vale .Aquí tienes. (Ok. Ini dia)

Kita:
Gracias. (Terima kasih)

Pelayan:
De nada. (Sama-sama)


Ok. Sampai di sini coretan Bahasa Sepanyol 1H1P-2-Leche. Semoga bermanfaat. Ciao!

Lamanya tak menukil di blog yang bersawang ni. Masih mencari momentum walaupun sudah hampir satu pertiga tahun 2019 kita lalui. Saya berniat untuk menulis tentang bahasa Sepanyol dan lebih spesifik perkataan-perkataan dari bahasa Sepanyol yang saya jumpa di mana-mana sekitar kehidupan kami di Madrid. 

Sebelum itu, baru-baru ini berlaku sesuatu yang sangat menyedihkan di New Zealand. Tak pernah terbayang dek akal fikiran  terjadinya perbuatan yang sangat kejam terhadap komuniti Islam di sana pada hari Jumaat yang mulia. 

Adik saya Whatsapp sebelum waktu fajar di Madrid. Kami baru bangun tidur terus dapat berita yang mengejutkan ni. 'We are totally floored'. Saya pun terus buka TV mana tahu kalau-kalau ada liputan di sini.

Apa yang lebih mengejutkan, suami beritahu saya supaya jangan terlalu berharap untuk tengok berita sebegini di kaca TV Sepanyol. Saya hairan la sebab kan ni major story kot..

Tapi memang betul..mereka cuma siarkan kurang dari dua minit tentang isu berdarah ni. Hmm..Racist? Saya tak pula rasakan sangat kehangatan isu perkauman di sini. Mungkin saya yang tak ambil pusing sangat. 

Apa pun..Isu seperti di Christchurch boleh berlaku di mana-mana. Segalanya ada hikmah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. Amin.

Selepas pengenalan yang panjang berjela ni, mari kembali ke tajuk asal. 

1H1P = 1 hari 1 perkataan bahasa Sepanyol. :)



Perkataan bahasa Sepanyol hari ini adalah Bizcocho.

Bizcocho = Biskut / Kek Span / Pastri


Bizcocho - cara sebutnya
Biz = (huruf 'z' disebut seperti huruf tsa ث dalam bahasa Arab)
Co = ko
Cho = cho

Biskut ni seakan-akan kuih bahulu atau baulu. Kalau siapa-siapa pernah cuba makan Tiramisu (pencuci mulut dari Itali), biskut yang digunakan untuk membuat Tiramisu adalah Bizcocho.

Perkataan Bizcocho ini mempunyai banyak mana dan maknanya juga mengikut negara yang menggunakan bahasa Sepanyol (Hispanic countries).

Di Sepanyol - bizcocho adalah kek span atau biskut yang panjang seperti jari seperti di atas dan kalau kita nak bandingkan ia hampir seperti kuih baulu.

Di Uruguay - bizcocho adalah pastri seperti Croissant.

Di Chile, Dominican Republic atau Bolivia - bizcocho sama seperti di Sepanyol dan adunan dohnya adalah manis.

Di Ecuador - adunan doh bizcocho sama ada manis atau masin (savoury).

Mengelirukan?

Jangan risau. Seperti saya, fokus hanya penggunaan di negara Hispanic mana yang kita duduki. Walaupun ramai orang dari negara Amerika Latin yang tinggal di Madrid ni, mereka juga kadangkala bingung jugak dengan perkataan yang sama tapi bermaksud berlainan. Seperti bahasa Melayu/Malaysia dengan bahasa Indonesia juga, kan?

Sampai jumpa lagi. Ciao.

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa di bulan yang penuh rahmat dari Allah, Ramadhan 1439H. 

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk menyempurnakan amalan sehingga ke penghujung Ramadhan dan mendapat keampunan dari Allah Al-Gafur الغفور . Amin.

Alhamdulillah final exam ARB302 dah tamat. Bolehlah rileks kejap fokus kepada amal ibadah yang lain. Masa saya berjalan ke arah Islamic Center untuk menduduki peperiksaan, saya nampak banyak sangat bunga pink!! 

Subhanallah, musim bunga 2nd round. Cantik2 sangat, rasa nak belai2 bunga ni tepi jalan tapi nanti orang pikir saya tiga suku pula..hehe. 


Cerita kali ini adalah pengalaman kali pertama saya berbuka puasa di masjid di Madrid. Kali ini saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama jemaah wanita di Masjid Estrecho atau lebih dikenali sebagai Madrid Central Mosque yang berada di Calle Anastasio Herrero, 5, 28020 Madrid. 

Boleh baca post yang saya buat tentang Madrid Central Mosque di sini. 

Setiap kali bulan puasa memang akan ada iftar yang disediakan untuk jemaah lelaki tetapi bagi jemaah wanita cuma diantara kami sahaja dan kebiasaannya hanya pada hari Ahad kerana dibuat selepas kelas mengaji dan kelas fiqah. 

Kami membawa makanan masing2 seperti kuih, kurma, buah dan jus manakala  untuk menu utama, kami mengumpul sedikit wang dari kumpulan jemaah. 


Menu utama adalah makanan Syria kerana ketua kelas berasal dari Syria dan dia telah menempah makanan dari restoran Syria yang berdekatan. Bagus juga sebab saya memang tak pernah cuba lagi makanan Syria. 

Memang saya ni cuma hantu makanan Korea dan Jepun sejak dari dulu jadi jarang nak cuba makanan dari Timur Tengah. 


Kebetulan, saudari Muslimah yang duduk bersebelahan dengan saya adalah dari Syria. Dia sudah tinggal di Madrid lebih kurang tiga tahun tapi masih belum fasih berbahasa Sepanyol. 

Saya kata kat dia yang saya belajar bahasa Arab. Awal2 terus dia tanya? Fus-ha? Yer..saya kata Fus-ha.

Untuk sesiapa yang tak tahu apa itu fus-ha فصحى baik saya terangkan di sini. Ia adalah Bahasa Arab Piawai Moden ataupun boleh kita kata bahasa standard. Ia digunakan di TV seperti berita dalam suratkhabar dan juga dalam sesi2 formal. Bahasa Arab Klasik lain pula ceritanya dan bahasa Arab harian lagi lah lain! 

Yang mana saya patut belajar? Belajarlah fus-ha فصحى kerana semua 22 negara Arab Insha Allah faham apa yang kita bicarakan kalau kita gunakan fus-ha فصحى tapi sekali depa balas bahasa pasar, mau pening kepala kita nak memahaminya!! Heheh..

Alhamdulillah saudari yang duduk sebelah saya tu cakap perlahan2 dan menggunakan fus-ha فصحى dengan saya tapi...Masha Allah, laju kemain. Soalan2 yang dia ajukan seperti biasa kita2 orang Melayu juga, dah kawin ke belum, ada anak ke tak, umur berapa, dari mana, tinggal kat mana. 

Tapi satu soalan dia yang pelik adalah - "Suami awak ni dah kahwin ke sebelum berkahwin dengan awak?" Terkedu kejap saya dibuatnya...hehe, iyalah, orang Arab kan kahwin ramai. Bapak mertua saya kahwin 4 ok..sekian. Hehe..

Sempat saya tanya kat dia, apa makanan Syria yang femes? Dia kata Kibbeh. Bila gugel, rupa dia sebijik macam falafel. 

Kan saya dah kata ilmu makanan Timur Tengah saya sangat kureng..so bila dia dengar saya kata falafel, terus dia berkeras kata bukan! Boleh tengok resepi Kibbeh di sini

Oklah, mari lihat menu buka puasa kami. 


Ini adalah minuman yogurt seperti ayran; iaitu campuran laban (susu masam), daun pudina, garam dan timun. 

Saya sangat suka, sebab rasa sangat segar. Ia sedikit masin atau savory dan sangat menyegarkan badan ketika berbuka puasa.  


Kemudian manisan seperti tamar dan chebakia. Chebakia adalah kuih tradisi Morocco yang dimakan ketika berbuka puasa bersama sup Harira. 

Kuih ini suami saya yang bagi. Dia kata isteri kawan dia bagi untuk berbuka tapi sebab saya dah bawa untuk berbuka di masjid jadi dikongsi saja untuk semua. 

Rata2 suka dengan chebakia versi ini sebab kurang manis. Kalau dibeli di kedai memang rasa sangattttttttttttt manis. Boleh tengok resepi chebakia di sini


Kemudian ayam panggang dan nasi. Nasi ini juga menjadi favorit ramai kerana kalau takde lauk apa pon makan begitu saja pun sangat sedap. Masha Allah. Semua makanan ketika kami berpuasa sangat2 sedap. Tabarakallah. 

Tapi yang betul2 favorit saya sampai makan tiga kali round adalah...jeng jeng jeng..Sup lentils!! (Gambar atas). Scene stealer..hehe. 

Saya memang suka makan benda masam2 ni. Terus saya tanya nama makanan ni dekat kawan Syria sebelah saya tu. Dia terangkan cara nak buat dalam bahasa Arab tapi satu pun saya tak register, terus gugel tunjuk kat dia..

Ini ke? Ye katanya شوربة عدس (shorbat adas). Adas adalah lentils. Boleh tengok resepi Shorbat Adas di sini


Gambar ihsan - WikiHow.

Lepas iftar, makan kurma sebiji dan minum air, kami bergegas untuk solat Maghrib dahulu kemudian baru sambung makan. 

Lepas tu saya dan suami pulang ke rumah, kami tidak solat tarawih di masjid kerana rumah agak jauh dari masjid. Oleh kerana waktu Maghrib dalam 9.30pm, jadi lepas iftar dan solat semua, kami sampai ke rumah lebih kurang jam 12 malam. 

Suami solat tarawih di surau berdekatan rumah saja. Kalau bulan puasa pada musim sejuk (Disember dan Januari), waktu Maghrib pukul lebih kurang 5.50 petang dan Isha´ pukul 7.30 malam, so banyak masa untuk solat tarawih di masjid. Insha Allah, suatu hari nanti. 

Wassalam.
Diam tak diam, sekelip mata, Ramadhan akan tiba esok atau lusa. Semoga kita semua mendapat keampunan Allah, beribadah sebanyak2nya mencari keredhaanNya dan menempa kejayaan iaitu menjadi insan yang lebih bertakwa untuk menghadapi sebelas bulan selepasnya. Ameen.  

Baiklah, sudah lama saya tak menulis dan post kali ini adalah tentang sebuah taman yang indah diberi nama El Capricho Park.

Hari Sabtu, 21 April saya melawat El Capricho Park atau Taman El Capricho yang berada dekat Line 5 El Capricho Station. 

Walaupun kira dah lama juga saya kat Madrid ni, tapi saya cuma suka pergi taman yang dekat dengan rumah je macam Retiro Park...sebabnya dekat. Hehe..10 minit naik tren. 

Tapi kali ini saya teringat, pernah sekali ada exchange student dari Malaysia yang cadangkan saya pergi ke Taman El Capricho ni sebab taman ni cantik katanya. Sebab musim bunga pun sudah hampir nak tamat ni eloklah saya pergi sebab kalau musim panas tiba memang suka hibernate je. :) 

El Capricho Park ini terletak di kawasan timur laut Madrid iaitu kawasan Alameda de Osuna dan dalam daerah Barajas. Ye..dah dekat sangat dengan Airport Barajas. :) 

Itu yang lebih kurang satu jam juga kalau naik metro dari rumah saya. Tapi sebab rumah saya jauh dari metro, kena jalan kaki dalam 15 minit dan dari Stesen El Capricho ke El Capricho Park nak kena jalan kaki juga..lebih kurang satu jam setengah juga akhirnya. 

Alhamdulillah, dapatlah juga exercise. Hihi..win-win la. No pain no gain kan?

Taman ini telah dibina atas arahan Duchess of Osuna; María Josefa de la Soledad Alfonso-Pimentel y Téllez-Girón dari tahun  1787 ke 1839 seluas lebih kurang 14 hektar. 

Taman ini stail abad ke 18 dan ada sikit2 pengaruh stail English dan satu2nya taman era Romantik yang ada di Madrid. 

Hmmm...memang romantik tempat ni. Bila jalan2 kat taman ni rasa macam dalam novel Jane Austen gitu. Teringat semua novel2 literature yang dok belajar kat BBGS dulu. Zaman2 merangkak bila cakap dalam Bahasa Inggeris; Tingkatan 1-3. 

Saya janji dengan seorang kawan asal dari Singapura yang bekerja di sini. Rumah dia tak jauh sangat dari El Capricho Park. 

Kami dah janji nak buat pot-luck dan makan di taman ala2 English picnic. Hehe..tapi hampa. Sebab saya tak cek sebelum pergi, bila baca betul2 pasal taman ni, segala bentuk makanan dan minuman tidak dibenarkan masuk ke dalam taman ni. 

Aigoo...tapi takpe, bukan masalah besar. Kami tetap juga bawa makanan. 

Saya bawa kimbap - roll sushi stail Korea dan air. Kawan saya bawa yogurt, snack, Éclair (yeayyy!). Kami janji nak jumpa di Stesen El Capricho pukul 11.30 pagi. 

Sungguh tak sangka Masha Allah, yang sebenarnya kami ada dalam tren yang sama, tapi kawan saya di gerabak hadapan dan saya di gerabak belakang. Bila turun je dari tren, terus nampak dia. 


¡Que casualidad!


Orang Sepanyol kata macam ni.. Kebetulan gitu..hehe. 


Saya ambil gambar ni sebelum keluar dari Stesen El Capricho. Kalau tengok gambar ni ada lagi satu taman yang besar berdekatan dengan El Capricho Park. 

Nama taman tu Juan Carlos I park. Juan Carlos I ialah ayah kepada raja Sepanyol sekarang. Masih hidup cuma dia tak berapa sihat untuk teruskan tugas rasmi tu yang bagi takhta pada Raja Felipe VI, anak dia. 

Saya pernah pergi Juan Carlos I park ni tahun 2015 kalau tak silap tapi masih tak nukilkan pengalaman di blog ni. Cantik, moden dan luas sangat. 


Ini rupa Stesen El Capricho dari luar. Stesen ini Line 5 warna hijau striking. Kalau tengok peta Metro Madrid nampak memang dia asingkan ikut warna dan nombor. Boleh muat turun di laman ini

Bila keluar je dari stesen ini nampak la signboard El Capricho Park macam gambar atas. Mulanya ingat dekat je. Hehe..tapi kami kena lalu satu taman kecil yang penuh dengan bunga2 liar..Subhanallah. (Gambar bawah) 

Cantikkkkkk sangat. Macam2 bunga kami nampak hatta rumput2 liar dia pun cantik. Banyak yang saya tak pernah lihat sebelum ni.



Gambar atas ini saya tak dapat pastikan sama ada bunga Mustard atau Rapeseed. Merata2 dalam taman kecil yang kami lalu sebelum jumpa El Capricho Park. 

Kami jalan perlahan2 ikut je trek dalam taman tu sambil membawang2..hehe..taklah..tukar2 idea dan pengalaman sebenarnya lalu mengharapkan jumpa pintu masuk El Capricho Park tapi kami telah sesat!! Hahaha...tapi dari jauh saya nampak pokok2 besar dan tinggi ala2 Bonsai. 

Saya kata kat kawan mungkin itu kot El Capricho Park sebab pokok tu cantik dan sebab saya dah ada pengalaman pergi Juan Carlos I park, dan takde pokok2 macam tu. 


Bukti kami sesat! Ini pintu masuk dari belakang Juan Carlos I park. Kami patah balik untuk cari El Capricho Park. 


Kalau dari peta ni, garis merah adalah perjalanan kami yang sesat. Sepatutnya dari Stesen El Capricho kami patut boleh lalu short-cut je yang lebih dekat tapi takpe lah..kalau tak sesat tak jumpa bunga2 yang cantik. :) 

Kami lalu jalan besar yang ada tanda Camping Osuna terus je sampai jumpa entrance El Capricho Park. Rupa entrance dia biasa2 je tapi sebab ramai orang berkerumun kat situ tahulah kami itu tempat masuk dia. Kalau takde orang langsung kat situ memang tak perasan. 


Ini rupa pintu masuk El Capricho Park ni. Gambar dari Gugel Map ni tahun 2016 tapi sekarang pun tak banyak beza. Begitu juga rupa dia. 


Dekat dengan pagar ada letak papan tanda macam dalam gambar atas. Oh ye, El Capricho Park cuma dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan hari2 cuti umum. Setiap hari cuma boleh masuk lebih kurang 1,000 orang saja.

Masa kami masuk ada pengawal sedang kira bilangan orang yang masuk ke dalam taman. Kami bawa makanan, pak guard kata kat kawan saya suruh tinggalkan bag yang ada makanan dalam bekas yang diletakkan sebelah guard. 

Sebenarnya dekat luar ada macam rak berkunci tapi kami tak perasan. Letak dalam bekas terbuka je. Tak terfikir pula kalau ada orang nak ambil ke bag tu kalau biar je macam tu. Alhamdulillah kami dapat balik bag tu dengan selamat. 

Bunga2 macam gambar atas tu adalah bunga2 yang sedang tumbuh masa musim bunga ni. Saya terpesona dengan bau bunga purple ni. 

Bau dia sangat harum dan lembut. Sungguh feminine bau dia. Bila gugel, saya rasa ini bunga lilac ungu. Ada juga lilac putih dalam taman ni tapi lilac ungu sangat2 menikam kalbuku hehe..


Selepas masuk gate yang tak berapa cantik dengan pak guard yang mengira bilangan pelawat, baru kami nampak gate yang lebih cantik. 

Di sini tititk permulaan kami, di sebelah kiri selepas masuk gate tu kami nampak satu rumah yang sangat tua yang memang dinamakan sebagai La Casa Vieja ( sebut la kasa viekha) dalam bahasa Sepanyol. 

Ada pasangan pengantin tengah ambil gambar pre-wedding dengan budak2 sepanyol yang kiut miut. Kemudian jalan lagi jumpa bunga2 yang dialihkan dari pot ditanam sebagai hiasan.


Gambar di atas-kanan adalah bangunan yang dinamakan Casino de Baile, masa dulu memang tempat menari keluarga diraja di sini. 

Kecil je bangunan dia dan sangatlah romantik. Kami tak masuk dalam bangunan ini, tapi boleh tengok rupa syiling dalam bangunan ni di laman web ini


Ini adalah antara bunga2 yang kami nampak di sini. Bagi kami tempat ini memang ideal untuk lepak2 sambil baca buku dan menghirup udara yang kurang tercemar berbanding central Madrid. Memang rasa terbukak betul rasa peparu nih! :) 

Oleh kerana binatang peliharaan tidak boleh dibawa masuk ke dalam park ini, jadi taklah rasa ragu2 sangat nak baring2 golek atas rumput nan hijau. 

Berbanding dengan Retiro Park yang memang terbuka untuk bawa binatang peliharaan seperti anjing, babi dan sebagainya. Hehe...yer, babi sebagai binatang peliharaan is the rage nowadays, macam fashion gitu. 

Saya pernah sekali nampak orang bawak babi hutan, bulu hitam dalam taman dekat dengan rumah kami. Hmmm..sabau je macik!


Dekat tengah2 taman ni ada satu tasik kecil yang dipenuhi itik dan angsa macam gambar atas. Tapi masa kami kat sini cuma nampak dua ekor ni je. 

Tak lama kemudian kami nampak sekumpulan itik2 jalan lengang kangkong kat sebelah nun..macam gambar atas, kamera macik tak leh zoom, buat2 nampak je la k? Hehe..


Kemudian sebelah tasik tu ada jambatan kecil dan bawah dia ada satu lukisan gambar El Capricho Park di dalamnya. Kami jalan lagi dan kemudian jumpa bangunan di atas yang dinamakan El Abejero, yang menyimpan satu patung bernama Venus de La Alameda

Gambar kanan-bawah adalah taman maze yang berhadapan dengan sebuah istana. Bila dah nampak taman ni bermaksud sudah hampir kembali ke gate masuk El Capricho Park. 


Kami ambil gambar taman maze tu dari atas bukit kecil ni (gambar atas kiri). Di atas bukit ada satu ´temple´ dalam bahasa Sepanyol dipanggil El templete

Bila turun bawah, kami jumpa istana ini iaitu Palace of the Dukes of Osuna; tuan punya taman ini pada zaman dahulu. 

Sebenarnya, ada satu kawasan rahsia yang kami tak dapat nak masuk sebab kena reserve untuk masuk sebab perlu ada guide. 

Tempat ini adalah - El Búnker del Jardín Histórico de El Capricho. Bunker ini adalah satu tempat persembunyian di bawah istana ini dan pintu masuknya berdekatan dengan istana ini. 


"The Capricho Park hides a secret: its famous bunker of the Jaca Position, an enclave of the Civil War, unique in Europe for its current state of conservation, which housed the General Headquarters of the Republican Army of the Center. The shelter - of 2,000 square meters, located 15 meters underground and capable of withstanding bombs of up to 100 kilos - was built in the park around 1937, taking advantage of its location far from the war front, its good communications and the favorable woodland for the camouflage It has a total of seven rectangular units (four on the right and three on the left), four exits to the outdoor park and an escape gallery to the street that crosses the basement of the Palace of the Dukes of Osuna." - dari laman Reserva Patrimonio.

Boleh reserve di laman web ini, tapi hanya ada guide bahasa Sepanyol - Reserva patrimonio


Ok..lawatan kami sudah berakhir dan kami menyelusuri taman maze ini lepas tu kami duduk di bangku limestone di hujung gambar atas. Letih juga bila berjalan tak berhenti.

Boleh lihat maklumat terkini tentang El Capricho Park di laman web ini - EsMadrid
Ini adalah sambungan dari post Cordoba 2H1M – Bahagian 1: Stesen Bas Cordoba. Lepas kami turun dari bas 05, di hentian bas Glorieta Media Luna, kami jalan kaki pusing2 cari Hostal Alcazar. 

Sebenarnya masa pertama kali sampai, memang rasa jauh sangat hostal ni dari hentian bas ni. Tapi sebenarnya tak..jalan lurus je macam peta tu..tapi tulah, masih lemah penggunaan GPS. Biasa ikut GPS suami je..haha. 

Kali ni kita pulak jadi GPS untuk orang. Lama dah akak tak buat keja guide2 ni. Masa kat Korea dulu cekap..hahaha. Ye lah, kampung kedua mana taknya. :)


Inilah rupa Hostal Alcazar dari luar. Hostal ini terbahagi kepada dua bahagian, kiri dan kanan. Tak silap paham saya sebelah kiri untuk tetamu yang menyewa lama. Kami duduk yang sebelah kanan. Yang sewa kejap2 je. 

Masa kami sampai ni dalam pukul 6.15 petang. Tuan hostal ni dah berumur macam atuk2 kita dan sangat peramah. Lupa pulak nak tanya nama dia tapi bila saya cek dekat Gugel, nama dia Fernando. 

Bila saya cuba borak2 dengan dia dalam bahasa Sepanyol, bukan kepalang gembira dia. Dia tanya kawan saya tak boleh cakap Sepanyol ke? Saya kata tak. Jadinya saya je la berbasi2 dengan dia. 


Ada hasil juga berbasi2 dengan tuan rumah ni. Macam saya katakan yang bilik kami ni shared bathroom masa saya booking tapi lepas saya borak2 dengan dia, terus dia bagi bilik dengan attached bathroom tanpa extra charge pun. 

Alhamdulillah. Bilik kami biasa2 saja. Lebih kurang macam bilik kami di Hostal Pension Catedral di Sevilla. Cuma di sana shared bathroom dan tanpa aircond. Bilik ni saya tak ingat ada aircond ke tak. Tapi masa tu seingat saya waktu malam tak panas la masa kami tidur. 

Hostal ni saya pilih sebab faktor lokasi dia. Dekat sangat dengan Masjid Cordoba (Mezquita Catedral Cordoba) cuma 6 minit je. 

Lagi satu pun dekat dengan Jambatan Romano yang cantik. Sebenarnya Cordoba kalau dapat pergi seberang Jambatan Romano ni pun cantik juga. Sebab saya pernah pergi kawasan situ masa tahun 2013 dulu.


Tapi kali ni saya skip lah..sebab kami pun tak banyak masa dan stail jalan2 kami kali ni tak rushing sangat. Pukul 10 pagi baru keluar hostal..hehe. 

Saya perasan masa muda jelita dulu, heheh..pukul 7 pagi dah boleh keluar dari hostal atau guesthouse untuk jalan2..tapi bila dah naik 4 siri ni memang nak santai2 je. Lihat dan nikmati apa yang boleh je. Satu lagi kawan saya pun tak berapa nak habis lagi jet lag dia.

Oh ye..masa kakak yang datang dari Singapura datang melawat Madrid. Saya ada tanya dia; "Akak bangun 3 pagi ke?" Dua tiga hari pertama dia di Sepanyol. 

Dia kata mana saya tahu? Saya bilang, sebab mengikut pengalaman diri saya dan orang2 yang pernah datang ke Madrid dari Malaysia, beberapa hari pertama tu confirm bangun tidur pukul 3 pagi. 

Anak akak tu bilang dia jetlag tapi dia kata dia biasa bangun awal pagi di Singapura. Bila saya bilang benda yang sama baru dia yakin jetlag. Hehe..Oleh itu siapa2 dari Asia Tenggara nak datang Eropah ni memang siap sedia la kesan jetlag tu dua, tiga hari pertama bila sampai. 

Jom tengok rupa dalam Hostal Alcazar ni k. Biasa je..taklah luxury tapi saya bersyukur sangat dapat attached bathroom. Senang sikit malam2 nak ke tandas ke. 

Dalam tandas ada ditampal arahan untuk jimat2 guna air sebab kawasan Andalusia ni memang dah lama sangat kemarau tak hingat. Musim panas ni sentiasa kering la sungai2 dan empangan2. 

Kami pun tak lah nak mandi lama sangat. Satu lagi sebab kat sini cuaca kering sangattttt..tekak rasa macam kesat bila bangun tidur dan kulit memang jangan kata la. 

Kalau lama2 mandi guna air panas pasti la kulit akan lebih kering lepas tu. Jadinya pastikan banyak minum air dan sapu losyen. 


Kawan saya hadiahkan saya beberapa keping masker dari Korea. Yeayyy..Komawo chinggu..Kulit yang pedih terbakar ni rasa lega kejap lepas pasang masker semalaman. 

Oh yer.. (banyak pula oh ye nye ye? :)) satu lagi, saya bawa plug extension (yang ada 4 point) dari Madrid. 

Sebab bukan apa..bila saya pergi stay guesthouse ke hotel ke kat Spain ni kadang plug point dia tak banyak sangat untuk charge battery bagai, kamera lah, laptop lah, tablet lah..external battery lah..the list goes on. Jadinya saya bawak siap2.


Ini pula gambar bahagian dalam Hostal Alcazar. Penuh dengan piring2 hiasan pelbagai rupa dan warna. Cantik....


Review saya - Ok lah hostal ni. Dekat dengan Masjid Cordoba dan tuan hostal baik hati bagi kami tinggalkan beg luggage kami walaupun kami dah check out esok paginya sebab nak jalan2 pi Masjid Cordoba. Bilik pun bersih,  selesa dan ada free WiFi. 

Saya tak de apa nak komplen. Sebab hari yang saya pergi ni nak kata musim panas tak panas, sejuk tak sejuk. 12 Oktober 2017, jadinya suhu dalam bilik tu tak panas dan tak sejuk walaupun kami cuma buka tingkap je. 

Saya tinggalkan satu review orang native Sepanyol k..apa yang dia cakap memang straight to the point tentang Hostal Alcazar ni (sila gugel terjemahan..homework..hehe).

Me ha gustado mucho y esta muy cerca del alcazar

y de la mezquita, son muy amables los dueños,lo recomiendo y precio muy bueno
Ini adalah sambungan dari post Sevilla 2H1M – Bahagian 11: Stesen Bas Plaza Armas. Masih banyak lagi post yang tertunggak untuk ditulis. 

Semoga ingatan saya masih kuat untuk jadi bahan rujukan bagi mereka yang ingin jalan2 santai di Cordoba. Perjalanan kami dari Sevilla ke Cordoba menggunakan bas ekspress Alsa dan kami tiba di Stesen Bas Cordoba pada pukul 5.30 petang pada tarikh 12 Oktober 2017. 

Pada mulanya saya rasa macam jauh juga dua jam tapi oleh kerana Alsa menyediakan kemudahan WiFi percuma, jadi tak terasa sangat masa berlalu. 

Dari Sevilla ke Cordoba juga dihubungi oleh tren Renfe. Siapa2 yang nak naik tren lagi cepat. Boleh sampai Cordoba 45 minit dengan tren jenis AVE untuk harga tiket lebih kurang 30 euro dari Stesen Sevilla Santa Justa. Mahal sikit tapi jimat masa. Bergantunglah pada poket masing2. :) 


Stesen Bas Cordoba dan Stesen Tren Cordoba hanya bersebelahan. Keluar je dari salah satu stesen, dah nampak stesen lagi satu (macam dalam peta di atas). 

Sebenarnya ini kali kedua saya ke Cordoba. Kali pertama saya melawat Cordoba pada October 2013 bersama suami. Genap empat tahun. :) Tak nampak banyak sangat perubahan. 


Ini rupa bahagian dalam Stesen bas Cordoba. Ada ruang menunggu yang selesa dan terbuka jadi taklah bau asap banyak sangat. 

Lepas kami keluar dari stesen, ada kiosk2 yang menyediakan makanan ringan Sepanyol macam bocadillo (sebut bokadiyo - sandwich dari roti baguette bersama inti). 

Inti ikut pilihan - macam tortilla (Spanish Omelette), jamon (sebut khamon -  ham, khinzir), calamares (sotong goreng tepung) dan sebagainya. Ada juga dijual kopi seperti biasa. Harga pun tak lah mahal sangat. Harga standard. 


Ini pula pemandangan dari luar. Estación Autobuses Córdoba - Stesen Bas Cordoba. Keluar je dah ada teksi menunggu. Pilih la jenis teksi. Harga ikut meter. Tapi kami ambil bas je. Tak jauh sangat hostel kami dari stesen bas ni.


Ini pula Stesen Tren Cordoba. Berhadapan dengan Stesen Bas Cordoba. Kami seberang jalan dan tunggu bas di tempat menunggu bas dalam bandar Cordoba macam dua adik manis Sepanyol dalam gambar di atas. 

Bas kami nombor 05 dari Stesen Bas Cordoba ke hostel. Harga tiket untuk seorang 1.30 euro. Oh yer..gambar tiket di bawah ini adalah pada hari kami pulang dari hostel ke Stesen Bas Cordoba. Kami naik bas nombor 03 yang betul2 depan hostel. Lihat tarikh ye. :)


Kalau bawa cabin bag macam kami, saya rasa masih ok lagi naik bas ni. Tapi kalau bawa luggage besar macam tak sesuai sangat sebab takde ruang khas dalam bas ni. 

Kami duduk di bahagian belakang sekali. Sambil dihiasi grafiti tulisan seni khat anak2 Sepanyol. Hehehe..Muka hakak dah sun burnt tak hingat...malam ni kita pakai masker korea k. Komawo chingu ya. 

Lepas turun dari bas dekat hentian bas yang paling dekat dengan hostel, kami jumpa bunga2 ros yang besar tak hingattt. Cantik sangat. Subhanallah. 


Masa kami sampai ni, cuaca di Cordoba pada 12 Oktober 2017 maksimum 34 darjah Celcius. Mana taknya mekar bunga2 ros ni. 

Ok..sebenarnya tak lah dekat sangat hostel kami ni dari hentian bas Glorieta Media Luna tu. Sebab saya ni lemah sikit baca gugel map. Asik nak sesat barat je..ahaha..Dalam 15 minit gitu jalan kaki walaupun gugel kata cuma 9 minit je.



Sehingga ke lain waktu untuk post review Hostal Alcazar, Cordoba. Insha Allah.